100 Hari Jadi PM sudah Hampir, Kes Zeti , Tabung Haji Antara Penilaian Terhadap Pak Long.

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Awal Bulan Disember ada lah hari ke 100 Datuk Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Datuk Ismail Sabri yang dikira sebagai Perdana Menteri dari UMNO tapi bukan kerajaan UMNO oleh Tok Mat Hassan akan di nilai sebagai sama ada “plus factor” kepada UMNO atau liabiliti kepada UMNO.

Ini atas sebab semua najis najis pentadbiran diterajui oleh Parti Bersatu sebelum ini dikutip dan dipikul di bahu Ismail Sabri.

Ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri ,beliau tanpa segan silu menghentam UMNO dan ambil peluang menghina UMNO , namun sebaik sahaja Ismail Sabri ambil alih, beliau menjadi Perdana Menteri yang segan silu mengguna kuasa untuk menekan pemimpin Bersatu.

Malah amat segan menghentam parti Bersatu.

Maka ahli UMNO boleh menilai sama ada beliau “President material” atau tidak.

Ketika Abah menjadi PM dia perguna kuasa untuk teruskan dakwaan dari kerajaan DAP dan menggunakan sebutan “kluster mahkamah” terhadap kepimpinan UMNO.

Tapi tidak pula Datuk Ismail Sabri ambil kesempatan untuk kepentingan UMNO membuka segera dan cara terbuka RCI Tabung Haji edisi asal (bukan edisi PH/PN)  yang di tuntut oleh ahli UMNO.

Ketika PRU15 menghampiri sepatutnya peluang diambil untuk perlekehkan pemimpin PPBM , PAN dan DAP serta PKR dengan mendedahkan perbicaraan penjualan aset milik umat Islam Tabung Haji.

Ini kerana jika orang seperti Anwar , Muhyiddin , Lim Kit Siang dan Tun Mahathir memainkan isu “kluster mahkamah” ahli UMNO boleh counter dengan isu Tabung Haji.

Begitu juga dengan kes skandal keluarga Zeti Akhtar, jika Tun Mahathir bermain skrip 1MDB maka ahli UMNO boleh counter dengan isu skandal Tun Mahathir dan Zeti.

Begitulah jika benar Ismail mahu membantu UMNO dan gugurkan andaian ahli akar umbi beliau sekadar PM Boneka pilihan PPBM sahaja.

Prinsip sangat mudah, jika sayang UMNO, bantu lah UMNO.

Apa pun beberapa hari lagi , Ismail Sabri akan dinilai hari ke100 pencapaian nya sebagai Perdana Menteri.

Sama ada KPI gagal atau sebaliknya , bergantung kepada ahli UMNO mengukur dari segi faedah kepada parti dan rakyat pula faedah kepada mereka.

 

Leave a Reply