Puad Zarkashi Tanya, “Kenapa Tak Bekukan Akaun Zeti Atau Sita Harta”?

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

 

 

Yang terima RM100,000 pun kena beku akaun , dan kena dakwa ( Ahmad Maslan dan Sharir Samad) tapi yang ini ratusan juta masih bebas dan tidak kena apa apa.

Apa yang membuat kerajaan begitu lembab dan lambat untuk bertindak terhadap Zeti dan Keluarga?

Apa masalahnya dengan kes ini?

Adakah atas sebab jika Zeti di seret , maka Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin Yassin juga akan di seret?

Ini kerana jika Zeti mahu selamatkan diri dia terpaksa mengaku itu semua, jika dia tidak mengaku kemudian didapati berbohong dia akan di dakwa lagi.

 

Selain itu ramai percaya , bukan sahaja Zeti dan suami sahaja akan terdedah, tetapi yang lain yang sama sama berkomplot untuk pekenakan Najib Razak juga akan terdedah.

 

Antara nama nama yang pasti terseret dan terdedah sebagai bersubahat selain Tun Mahathir, adalah Gabenor Bank Negara yang masih menjawat jawatan hari ini.

Nama nama lain ada lah beberapa Pegawai tinggi kerajaan termasuk lah yang ramai sudah bersara.

Selain itu 4 Tan Sri bakal terseret juga.

Tan Sri Tan Sri yang beberapa tahun lalu dikatakan sebagai ada konspirasi terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Dr Puad dalam lontaran Fb nya mendesak agar Zeti segera di siasat dan kes nya dibuka serta merta.

Bukti tersangat “solid” dan “kukuh” tambahan lagi ia kes terhasil dari siasatan negara jiran.

Puad juga berkata ia satu kes yang “straight forward” dan bukan kes yang “complicated”.

Jadi apakah sebab sebab nya masih belum di dedah jika siasatan Polis sudah bermula dari bulan Mac 2021.

Entri Puad berkenaan hal ini boleh di lihat di bawah ini.

 

Leave a Reply