PAS lantik semula 3 pemimpin kalah pemilihan parti

Hebahkan !!!

PETALING JAYA: Tiga pemimpin tertinggi PAS yang kalah pada pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti itu awal bulan ini dilantik semula.

Mereka ialah Mohd Zuhdi Marzuki yang dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat selepas gagal mencabar penyandang Naib Presiden PAS Idris Ahmad, Mohd Amar Nik Abdullah dan Ahmad Samsuri Mokhtar.

Pelantikan baharu itu diumumkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan menerusi kenyataan pada mesyuarat kali Ke-2 Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Ahad lalu yang dipengerusikan oleh Presidennya Abdul Hadi Awang.

Selain itu, Takiyuddin turut mengumumkan pelantikan semula Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan Mohd Khairuddin Aman Razali yang sebelum ini gagal mendapat sebarang tempat dalam pemilihan AJK parti, menurut laporan Utusan Malaysia.

Ketiga-tiga pemimpin itu difahamkan mahu PAS menjalin kerjasama dengan Umno ketika ia didakwa bertentangan dengan pendirian Hadi yang mahu partinya kekal bersama Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Bersatu.

Secara keseluruhan, seramai sembilan orang dilantik sebagai AJK PAS Pusat termasuk Awang Hashim, Misbahul Munir Masduki, Mohd Yusni Mat Piah, Mohd Mazri Yahya, Wan Rohimi Wan Daud dan Abdul Hakeem Johari.

Leave a Reply