‘Parti baharu tak buat kayu’, Zuraida ‘kunci mulut’ mengenai Parti Bangsa Malaysia

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin enggan mengulas lanjut ketika ditanya berkenaan pembentukan Parti Bangsa Malaysia dan pembabitan beliau dalam parti baharu berkenaan.

Beliau dalam nada berseloroh menolak soalan yang diajukan FMT berkenaan soal penglibatannya bersama politik baharu; “Oh no no parti baharu tak buat kayu.”

Zuraida ditemui pemberita ketika melancarkan majlis Program Inkubator Reka Bentuk TIMB3R (TIMB3R DIP) dan Hackathon Reimagine.Redesign.Remic di sini, hari ini.

Awal bulan lalu, memetik MalaysiaGazette, Ahli Parlimen Ampang itu dikatakan bakal mengetuai parti baharu tersebut, turut dilaporkan parti itu telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 29 Okt lalu.

Selain Zuraida antara individu lain yang bakal menjadi pimpinan Parti Bangsa Malaysia ialah Parlimen Julau Larry Sng dan Steven Choong (Tebrau), dimana kedua-duanya adalah bekas pemimpin PKR.

Menurut laporan Malaysiakini, Choong memaklumkan parti baharu itu merupakan parti pelbagai kaum, yang mana penekanan adalah kepada wanita dan golongan muda yang akan diberi peranan utama dalam semua perkara.

Dalam perkembangan lain Zuraida berkata, beliau melihat terdapat potensi produk kayu di negara ini memandangkan eksport pasaran adalah dari negara Eropah seperti United kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS).

“…jadi kalau negara seperti AS mahu ambil perabot yang diperbuat daripada Malaysia ini bermakna kualiti kerja kita adalah sangat tinggi sebab itu pasaran dari AS dan UK lebih suka ambil produk perabot kita,” katanya.

Leave a Reply