Malaysia Tidak Akan Di Hormati Oleh Pelabur dan Negara Lain Jika Tidak Mendakwa Gabenor Dan Bekas Gabenor.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Amat memalukan apabila sistem kewangan dan perbankan Malaysia tidak di yakini oleh rakyat sendiri dan bertambah parah lagi jika tidak diyakini pihak pelAbur dan negara lain.

Sistem kewangan kita “kaput” dan  hilang kredibiliti apabila seluruh negara kini persoalkan kenapa bekas Gabenor masih belum didakwa lagi.

Setelah pelbagai pihak menyuarakan atas sebab apa wang milik 1MDB masuk kedalam akaun suami bekas Gabenor masih belum ada apa apa tindakan dari pihak berkuasa.

Isu ini sangat trending dan  sangat viral di Medsos.

 

Sebelum ini agensi kerajaan menjadi bahan gelak ketawa , apabila badan cukai kerajaan gagal menjawap cara mereka kira dan mencukai Datuk Seri Najib Razak.

Kes 5 pegawai Lembaga Hasil dalam negara (LHDN) gagal menjelaskan kepada umum bagaimana mereka kira cukai terhadap Datuk Seri Najib menjadi isu nasional kerana tiada ketelusan dan seolah olah ada “hidden tax” dalam sistem percukaian negara.

 

Akhirnya terdedah mereka menerima arahan dari ahli politik untuk melaksanakan kerja bodoh dan tidak professional.

Ini mengakibatkan kepala LHDN terpaksa meletak jawatan cara tidak hormat atau istilah Inggeris “wagging his tail between his leg” sambil melangkah pergi.

Selepas isu LHDN menerima padah di kantoikan dengan kes di seret ke mahkamah, Suruhanjaya Pencegah rasuah pula kantoi cuba menyelamatkan akaun Tan Sri Zeti Akhtar dari di dedahkan di mahkamah.

 

Lama sebelum ini pihak Polis dimalukan sebaga pihak yang gagal mendakwa seorang lelaki atas sebab melakukan hubungan sejenis.

Setelah sekian rakyat yakin siapa lelaki itu, Polis gagal mengenal pasti pelaku.

Dalam kesemua kes agensi di atas , seorang watak di kenali mempengaruhi semua kerosakan agensi itu.

Pembaca mungkin sudah kenal siapa gerangan dia tanpa tanpa perlu namanya di sebut.

Berbalik kepada tajuk isu, memang benar sistem kewangan negara tidak akan di percayai jika pihak “regulator” sendiri melindungi pesalah.

Sama ada di dapati salah atau tidak, sama ada mahu gunakan pengaruh belakang tirai untuk didapati tidak bersaalah , itu perkara kedua.

Yang penting dan utama ,ada lah bawa kes menyembunyi maklumat serta tidak memaklum kepada agensi seperti Polis dan SPRM ke mahkamah terlebih dulu.

Ia kes terang terangan menyalah gunakan kuasa.

Bagaimana Malaysia hendak di hormati dengan sistem kalam kabut baik dari segi perundangan setelah terkenal dengan “selective political persecution” dan “sistem percukaian tidak ikut buku” ?

Semua ini memalukan negara dan di pandang rendah seolah olah perundangan dan sistemnya tunduk kepada tekanan politik dan akur kepada individu tertentu yang masih menyibuk dalam pentadbiran negara.

Leave a Reply