Kedai ‘Halfcut’ Terbakar

Hebahkan !!!

Oleh : Pena Merah

KUALA LUMPUR: Sebuah kedai “halfcut” kereta berhampiran Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE) telah mengalami kebakaran petang tadi.

Berdasarkan beberapa rakaman video yang tular di media sosial dipercayai dirakam oleh mereka yang berada berdekatan di lokasi kejadian. Kedai yang menempatkan puluhan bahagian kenderaan terbakar sejak jam 6 petang tadi dan api masih lagi marak pada bahagian tengah kedai berkenaan.

Asap dari kebakaran itu dapat dilihat sehingga ke Selayang dan Gombak.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dilaporkan sudah menghantar jentera dari balai bomba berhampiran ke lokasi kejadian, namun belum ada sebarang maklumat dilaporkan.

Leave a Reply