Kadir Jassin Terkantoi dengan Najib , Bab Jadi proksi harta Mahathir.

Hebahkan !!!

 

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Apabila Datuk Seri Najib Razak “troll” Datuk Kadir Jassin berkenaan -pemilikan harta MRCB, maka AKJ menjawap dengan pantas dia hanya menjadi pemegang harta UMNO.

Dalam erti kata lain beliau hanya menjadi tukang pegang untuk UMNO sahaja.

Namun DSNR segera memperli, jika harta yang dipegang oleh AKJ hanya bagi pihak UMNO  kenapa pula ketika DSNR menjadi Presiden UMNO beliau tidak di maklumkan ada harta UMNO bersama Kadir Jassin?

Jadi, saya pun tanya kenapa saya tak pernah dimaklumkan perkara ini semasa saya presiden UMNO dan parti tidak pernah menerima dana berhubung MRCB ini, dia pun padam posting beberapa jam kemudian dan tutup akaun FB sebelum muncul kembali 2 minggu kemudian” – DSNR

 Kemudian DSNR terus Troll lagi dan menyatakan bahawa dengan kenyataan tersebut AKJ sebenarnya secara tidak sengaja telah mendedahkan dirinya sekadar proksi kepada Tun Mahathir, dan sememangnya harta harta itu milik UMNO yang mesti dipulangkan dengan segera namun tidak berbuat sedemikian.

Mungkin dia tersedar bahawa dia sudah kantoikan boss dia yang suka main proksi dan kroni kot.

(Masa ini lah dia buat blog posting untuk beri amaran pada netizens bahawa mereka berisiko ditembak dron pembunuh CIA setelah ribuan orang kecam dia) – DSNR

Sebenarnya telah lama di ketahui  ramai “modus operandi” Tun M sentiasa perguna pihak lain untuk kerja kerjanya.

Setelah tekantoi akhirnya AKJ terus menutup dan menghadkan akaunnya kepada “private mode” dan muncul bila keadaan telah reda.

Sebagai pembela Mahathir , AKJ nampaknya tidak mampu pertahankan “Boss” atas sebab memang tidak boleh pertahan kerana isu yang dibangkitkan oleh DSNR ada lah isu tulin dan bukan di reka reka.

Tun Mahathir juga ambil jalan “elegant silence” bila membabitkan kesalahan nya dan mencipta isu alihan seperti hal tanah anugerah bekas Perdana Menteri kepada Najib dimana Tun Lah dan Tun M sendiri dapat hak yang sama.

AJK juga pilih jalan bisu ketika Tun Mahathir di asak dengan kes Tun M menyerah Pulau Batu Puteh secara sendirian kepada Singapura , mungkin takut agaknya untuk dipanggil menjadi saksi menjawap kepada “Task Force” yang di pimpin oleh Tan Sri Appandi Ali apabila siasatan bermula nanti.

Selain dari itu, AKJ juga enggan mengulas berkenaan Laporan Lovemoney dan MSN yang membabit Bossnya dan juga pembukaan 13 buah bank di luar negara apabila DSNR persenda dan menyindir Tun M.

Beberapa penganalisa politik dan media media ada melaporkan bahawa antara sebab dan punca kemenangan UMNO di PRN Melaka ada lah serangan peribadi keterlaluan kepada DSNR dan serangan berlebihan sehingga ia menjadi faktor “piss off” oleh orang Melaka.

Kini serangan serangan tersebut terhadap Najib menjadi mual dan jelek dan menjadi “damaging faktor’ kepada pihak yang menyerang lalu kebencian telah pulang kepada mereka dan bukan kena pada sasaran mereka ia itu DSNR.

Leave a Reply