Banyak Pihak Mahu Zeti Dan Mahathir Di Dakwa Segera

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Kes 1MDB yang di cetus oleh Tun Mahathir bagi mengenakan Datuk Seri Najib Razak nampaknya telah “backfire” dengan isu kroninya sendiri iaitu Tan Sri Zeti Akhtar dan suami telah menerima wang beratus juta dana 1MDB masuk kedalam akuan peribadi mereka di Singapura.

Tamparan terbaru kepada Tun Mahathir dan bekas Gabenor Zeti adalah apabila pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia membuat kenyataan rasmi mereka sudah menerima wang curi dari Jho Low dari Nik Faisal dan juga Taufik Ayman.

Jika wang dari penjenayah Jho Low boleh masuk kedalam akaun keluarga Zeti, persoalan juga timbul untuk apa Jho Low memberi mereka wang itu?

Ada kah atas sebab kaitan meluluskan bon TIA, atau melepaskan wang alir keluar melalui BNM?

Atas kertas sahaja sudah ada beberapa kes yang boleh di ‘establish’ terhadap Zeti dan Gabenor BNM Shamsiah berkenaan ini semua.

Salah satu darinya adalah menyembunyikan maklumat berkenaan kemasukan wang kedalam akaun peribadi dan juga aliran wang keluar ke Singapura setelah di beri maklum oleh pihak penguasa Singapura kepada Bank Negara Malaysia.

Kes kedua pula adalah menyalah guna kuasa Gabenor dengan tidak bertindak atas dasar “conflict of interest” kerana yang terbabit adalah suami bekas Gabenor itu sendiri.

Jika sebelum muncul isu ini, Tun Mahathir antara individu paling lancang mulut bercerita berkenan 1MDB, namun sebaik sahaja terdedah kroni beliau sendiri yang banyak terbabit, antaranya Zeti Akhtar , Nor Yakob dan Ambank , Tun Mahathir seolah olah dilanda sindrom bisu dan “elegant silence’.

Antara individu yang mahu jawapan dan dakwaan segera di buat ada lah Wong Chen MP Subang dari PKR yang mendesak segera di siasat.

Selain itu Datuk Azeez Rahim MP Baling juga menyuarakan desakan didalam Parlimen agar segera seret Tun Mahathir untuk disiasat.

Terdahulu sebelum ini Dr Puad Zarkashi berulang kali memperli, menyindir kerajaan dan Tun Mahathir tentang hal wang Jho Low masuk ke dalam akaun keluarga Zeti di Singapura.

Dimaklumkan ini Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga membangkitkan isu wang 1MDB keluarga Zeti ini.

Kenapa begitu sukar untuk pihak berkuasa membuka kes ini dimahkamah?

Adakah demi hendak  melindung individu sebenar yang menjadi dalang kepada semua sandiwara 1MDB ini?

Apakah kesalahan yang dikenakan kepada DSNR bukan menjadi kesalahan kepada puak sendiri seperti Zeti dan Tawfiq?

Atau, apakah jika puak sendiri diseret kemahkamah akan terdedah segala galanya siapa sebenar penyamun dan marah kerana lubuk samun ia itu TIA sudah diambil alih , lalu membalas dendam?

Maka elok sangatlah kedua individu ini di seret kemahkamah untuk memberi keterangan dan rakyat berpeluang mendengar sejauh mana peranan Tun Mahathir dan Zeti dalam sandiwara yang mereka cipta sendiri untuk perkenakan musuh mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply