Kawal golongan agamawan beri pendapat keliru umat Islam, Mahfuz beritahu JAKIM

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat kawalan terhadap pandangan yang dikeluarkan oleh golongan agamawan di negara ini.

Wakil Amanah itu membuat gesaan berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam berikutan terlalu banyak pandangan dan pendapat mengelirukan dikeluarkan golongan terbabit.

“Saya minta pihak JAKIM ini dapat menyemak, dapat membuat kawalan terhadap berbagai pendapat berkaitan keagamaan dikeluarkan golongan agamawan yang akhirnya kadang-kadang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang awam. Yang manakah pendapat perlu diguna pakai kerana semua pendapat itu bersandarkan kepada isu Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 di Dewan Rakyat.

Beliau secara sinis turut memberi contoh dan menyindir pendirian yang didakwa membabitkan pemimpin PAS yang memberi pandangan berubah-ubah seperti isu pemimpin wanita.

“Dulu, tak boleh wanita jadi Menteri Besar Selangor, dikeluarkanlah pendapat-pendapat imam Abu Hanifah yang mana lebih najis antara darah haid dengan air kencing.

“Sekarang, (PRN) Melaka boleh pula lantik Ketua Menteri daripada kalangan wanita…saya tak tahulah, ini mungkin bukan pendapat imam Abu Hanifah…tetapi mungkin pendapat yang berhormat Hanipa Maidin, Ahli Parlimen Sepang…saya fikir itu mungkin pendapat beliau yang sudah relevan sejak dulu lagi dan sampai sekarang,” katanya berseloroh di Parlimen.

Katanya, beliau membangkitkan perkara itu bagi mengelak nama baik Islam terus tercemar sekali gus mengakibatkan golongan agamawan tidak lagi dihormati.

“Saya minta dikawalkan pendapat-pendapat ini supaya jangan mencemarkan nama baik Islam yang akhirnya orang tidak memandang hormat kepada golongan agamawan ini,” katanya.

Sebelum ini PAS berkata, pihaknya tidak melihat perbezaan gender menjadi kekangan terhadap wanita untuk dilantik mengetuai kerajaan negeri, sebaliknya calon itu mestilah mempunyai kebolehan memimpin.

Keputusan PAS menyokong pencalonan Mas Ermieyati Samsudin sebagai Ketua Menteri Melaka sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka adalah berbeza ketika parti itu menolak pencalonan Wan Azizah Wan Ismail, sebagai Menteri Besar Selangor, pada 2015.

Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari, turut menyifatkan mereka yang membandingkan kononnya parti itu sudah berubah pendirian sebagai “tidak faham sejarah”.

Katanya, tindakan PAS menolak pencalonan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor ketika itu bukan kerana jantina, sebaliknya soal kebolehannya memimpin negeri

Leave a Reply