Sulaiman Md Ali Ketua Menteri Melaka ke 13

Hebahkan !!!

Oleh : Pena Merah

Pilihan Raya Negeri Melaka telah pun melabuhkan tirainya dengan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional. Barisan Nasional berjaya memenangi 21 kerusi DUN dari 28 kerusi DUN.

Sedia maklum, Datuk Seri Utama Dr Sulaiman Md Ali telah diumumkan sebagai calon Ketua Menteri jika Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan negeri. Sehubungan dengan itu Istiadat mengangkat sumpah YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Mat Ali sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 telah dilakukan dengan kadar segera pada jam 1 pagi , 21 November 2021.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Dewan Seri Utama.

Turut hadir isteri Mohd Ali, Toh Puan Asmah Abd Rahman, Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Tahniah YAB Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali

#PRNMelaka2021 #KestabilanDemiKemakmuran

Leave a Reply