Kes ADUN pukul isteri dirujuk ke Bukit Aman

Hebahkan !!!

SEPANG – Kertas siasatan melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Morib yang didakwa mencederakan bekas isterinya dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kes melibatkan Hasnul Baharuddin itu kini sedang dikaji di Bukit Aman untuk tindakan lanjut di mahkamah.

“Kes tersebut telah dirujuk ke Bukit Aman untuk kajian dan mereka akan rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan pertuduhan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Jumaat.

Sinar Harian pada Ahad lalu melaporkan Hasnul menafikan dakwaan yang dibuat oleh bekas isterinya itu dan menyatakan beliau akan mengambil tindakan guaman terhadap sebuah portal yang menyiarkan laporan berat sebelah terhadapnya.

Menurut laporan berkenaan, kejadian tersebut berlaku pada 21 Ogos lalu di mana wanita terbabit mendakwa dia ditampar pada bahagian muka hingga menyebabkan bibirnya pecah ketika bekas suaminya itu memohon untuk berpoligami.

Leave a Reply