Negara Berada Dalam Ancaman Bila Miliki Badan Risikan Yang Lemah.

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Rakyat Malaysia perlu merasa risau jika dilaporkan pihak risikan negara berada didalam kedudukan terbawah dalam senarai negara dunia.

Segala ancaman boleh tembus kerana badan risikan negara ada lah barisan hadapan pertahanan negara yang pertama dan   jika ia lemah semuanya mudah bagi pihak musuh.

Suatu waktu dulu badan inteligen negara dan juga perisikan Polis berada ditahap teratas dan digeruni.

Macam macam cerita kita boleh dapati berkenaan kehebatan badan perisikan negara.

Namun, sebaik sahaja rakyat menyerahkan kepimpinan negara kepada pihak yang tiada pengalaman memimpin negara dengan ditambah pemimpin yang kesetiaan mereka diragui , maka hancur segala galanya.

Kelemahan Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia (MEIO) yang ‘habis diubah’ oleh pentadbiran terdahulu kini menempatkan negara ini dalam ancaman risiko bahaya besar.

Ini terbukti apabila Indeks Integriti Pertahanan Kerajaan (GDI) meletakkan angka sifar iaitu kritikal yang paling teruk dalam penilaian risiko perkhidmatan perisikan untuk Malaysia.

Mereka mereka ini telah mengubah banyak perkara seperti mereka mengubah Klinik 1Malaysia.

Mereka sangka badan perisikan juga adalah alat parti pemerintah yang memerintah sebelum ini.

Ada juga yang berpendapat ada antara pemimpin parti tertentu dalam kerajaan yang tidak berguna itu berkhdimat untuk sebuah negara jiran dan cuba mengodam sistem perisikan negara untuk kepentingan negara jiran.

 

Melemah dan merosakkan badan perisikan negara boleh membantu kemaraan negara jiran dalam mengintai kekuatan negara.

Ini lah antara hasil kesilapan penukaran kerajaan.

Semuanya hancur dan rosak.

Datuk Seri Najib Razak juga turut melontarkan kerisuan nya terhadap kedudukan perisikan negara yang telah jatuh ketahap serendah negara Albania , Argentina dan  negara negara Afrika.

 

Sebaik sahaja kerajaan badut memerintah mereka telah mendedahkan kepada seluruh dunia siapa ketua perisik negara.

Kerajaan 22 bulan pimpinan badut negara jiran telah mendedahkan ketua perisikan negara dengan kes yang mereka bentuk , atas sebab kejahilan memerintah dan tidak tahu ketua perisik perlu mengupah spy dan perlu ada tunai ditangan untuk kerja kerja infliterate negara jiran dan sebagainya tanpa perlu resit dan pemberitahuan apa yang disedang lakukan.

Apapun hal hal perisikan tidak perlu diberitahu kepada pihak pihak lain seperti Kementerian Kewangan ketika membuat tuntutan.

Akhirnya bila kes beliau terdedah barulah rakyat tahu sebahagian wang yang ditukar palsu oleh pegawai SPRM adalah “payment” kepada pihak tertentu untuk maklumat.

Kita juga perlu membiyai pihak pihak tertentu di negara lain seperti  beberapa kumpulan di Selatan Thai dan Moro untuk maklumat gerakan pihak yang beri ancaman.

Kini semua hancur luluh atas sebab kesilapan rakyat memilih silap kerajaan.

Apa pun kerajaan perlu merombak sistem perisikan baru yang lebih sulit dan berkesan untuk keselamatan negara dengan kadar segera seteah dirosak kan oleh kerajaan 22 bulan.

 

 

 

Leave a Reply