PRN Melaka – “Race to the finishing line” – BN masih mendahului

Hebahkan !!!

 

Wartawan My-news.online  berada di merata tempat pada PRN Melaka ini.

Walaupun kami portal picisan, tapi agak mengejutkan juga mendapati ribuan readership dalam jangka masa singkat.

Paling menarik ramai pembaca mengirim maklumat dan infomasi untuk kami siarkan.

Ada yang boleh disiarkan dan ada yang tidak boleh disiarkan.

Paling menarik maklumat di kirimkan oleh beberapa  pembaca tentang kedudukan PRN Melaka.

Dari kajian yang pihaknya lakukan , kedudukan terkini di dapati Barisan Nasional masih berada di hadapan.

Kini sudah masuk ke peringkat hari hari akhir sebelum hari pengundian.

Barbanding pada 3 laporan, satu laporan mendapati BN bakal memenangi  16 kerusi, satu laporan mendapati 17 kerusi dan satu lagi laporan mendapati 18 kerusi.

Percanggahan kepada bilangan kerusi.

Namun ketiga tiga laporan agak sama dalam menyatakan gabungan mana bakal menang ia itu BN.

Pada kedudukan pru14 dimana BN tewas dengan “slim majority” , laporan menyatakan BN akan dapat semula kawasan itu.

Dan pada kemenangan tipis dikawasan tertentu, BN akan dapati jumlahnya meningkat.

Pesaing sebenar BN bukan PH atau PN tetapi DAP yang selindung belakang PH.

DAP pula dilaporkan kukuh di semua kawasan di menangi pada PRU14 namun ada peningkatan persaingan di dua kawasan kaum Cina yang dimenangi DAP pada Pru14 lalu.

Kami tidak dapat siarkan laporan itu semua atas sebab info itu sebenarnya milik pihak tertentu yang pengirim hantar kepada kami.

Apa pun di hari hari akhir macam macam boleh berlaku dan  bertukar, apa pun kita tunggu sahaja pada hari pengiraan undi nanti.

Leave a Reply