Sah TYT berhak bubar DUN Melaka

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR – Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin hari ini memutuskan pembubaran Kerajaan Negeri Melaka tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman.

Menurutnya, kuasa untuk membubarkan DUN tersebut adalah kuasa mutlak Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari berkata,peluang terakhir rakyat memperbetulkan keadaan adalah melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.

“Saya merayu kepada semua rakyat untuk turun mengundi bagi memastikan demokrasi dan hak rakyat dalam menentukan kepimpinan negeri ini terus terpelihara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Adly berkata, pihaknya merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan peguam atas semua usaha dan sumbangan diberikan.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Adly yang memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar kesahihan pembubaran DUN Melaka atas dakwaan perintah pembubaran oleh Yang Dipertua Negeri dibuat atas nasihat yang salah.

Ini kerana kata Adly, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali telah hilang kuasa sehari sebelum bertemu dengan Mohd.Ali.

Justeru keputusan Mahkamah Tinggi hari ini, menjadikan PRN Melaka yang dijadualkan berlangsung 20 November ini akan berjalan seperti dijadualkan.

Leave a Reply