26 kanak-kanak maut sekolah terbakar

Hebahkan !!!


KEADAAN sekolah yang musnah terbakar

SEKURANG-kurangnya 26 kanak-kanak berusia antara lima hingga enam tahun maut dalam keadaan ngeti dalam satu kebakaran di sebuah sekolah di selatan Niger pada Isnin.

Laporan-laporan media tempatan menyebut, Datuk Bandar Maradi Chaibou Aboubacar yang mengesahkan kejadian itu turut berkata, selain mereka, berpuluh-puluh pelajar sekolah itu melecur teruk.

“Kebanyakkan mangsa cedera ketika cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran yang berlaku pada bangunan yang rata-ratanya dibina daripada jerami dan batu di premis itu,” katanya.

Menurut beliau, mereka yang cedera dan kini sedang menerima rawatan merupakan pelajar yang sedang berada dalam sesi pembelajaran di tiga bilik darjah sekolah itu musnah dalam kejadian itu.

Beliau juga menyatakan, angin kencang menjadi punca api menjadi marak lalu merebak cepat dan pihak berkuasa keselamatan masih menyiasat bagaimana ia bermula.

Kebanyakan bilik darjah luar bandar di Niger diperbuat daripada kayu dan jerami, menyebabkannya mudah terbakar.

Niger, yang mempunyai lebih 25 juta penduduk, adalah antara negara termiskin di dunia dan mempunyai kadar celik huruf terendah di Afrika, menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sekolah tidak mencukupi dan selalunya dibina daripada kayu, jerami dan kepingan besi.

Leave a Reply