112 calon bertanding di 28 kerusi DUN Melaka

Hebahkan !!!

SALAH seorang calon bertanding di DUN Asahan, Datuk Seri Idris Haron. 

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telahpun menerima 112 calon daripada pelbagai parti politik dan individu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selepas 28 pusat penamaan calon (PPC) di seluruh negeri itu ditutup pada jam 10 pagi tadi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata sejumlah 90 calon adalah daripada lima parti politik dan 22 calon Bebas layak bertanding pada PRN Melaka, manakala tiada calon ditolak.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 28 calon diterima masing-masing daripada Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, lima calon daripada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dan seorang calon mewakili Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN).

Leave a Reply