Pobega dipanggil perkuat Itali

Hebahkan !!!

PEMAIN tengah Torino, Tommaso Pobega dipanggil menyertai skuad kebangsaan Itali bagi mengharungi aksi kelayakan Piala Dunia berdepan Switzerland pada 13 November ini dan Ireland Utara di gelanggang lawan pada 16 November.

Difahamkan, aksi Pobega begitu menarik perhatian dalam saingan Serie A musim ini.

Pada pada sembilan penampilannya setakat ini dalam Serie A, dia telah membuktikan dirinya sebagai pemain penting bagi Torino buat ketika ini.

Selain itu, pengenali Itali, Roberto Mancini turut memanggil semula pemain AC Milan, Sandro Tonali dan pemain tengah AS Roma, Nicolo Zaniolo dalam usaha memperkuatkan skuad Azzurri itu bagi mengharungi dua aksi kelayakan berkenaan.

Penyerang, Andrea Belotti dan Ciro Immobile juga disahkan telah pulih daripada kecederaan namun Moise Kean digugurkan daripada senarai 28 pemain bagi aksi berdepan Switzerland, berikutan masih belum pulih daripada kecederaan.

Itali yang beraksi dalam Kumpulan C bagi aksi kelayakan berkenaan, setakat ini telah meraih 14 mata daripada enam perlawanan.

Skuad

Penjaga gol: Alessio Cragno (Cagliari), Gianluigi Donnarumma (Paris St Germain), Alex Meret (Napoli), Salvatore Sirigu (Genoa)

Pertahanan: Francesco Acerbi (Lazio), Alessandro Bastoni (Inter), Cristiano Biraghi (Fiorentina), Davide Calabria (Milan), Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini (Juventus), Giovanni Di Lorenzo (Napoli), Emerson Palmieri (Lyon), Gianluca Mancini (Roma)

Tengah: Nicolo Barella (Inter), Jorginho (Chelsea), Manuel Locatelli (Juventus), Tommaso Pobega (Torino), Sandro Tonali (Milan), Nicolo Zaniolo, Lorenzo Pellegrini, Bryan Cristante (Roma)

Penyerang: Andrea Belotti (Torino), Federico Bernardeschi, Federico Chiesa (Juventus), Ciro Immobile (Lazio), Lorenzo Insigne (Napoli), Giacomo Raspadori, Domenico Berardi (Sassuolo),

Leave a Reply