PM Iraq terselamat cubaan bunuh

Hebahkan !!!

 

PERDANA Menteri (PM) Iraq Mustafa al-Kadhimi dilaporkan terselamat daripada maut selepas diserang oleh dron di rumahnya di kawasan Zon Hijau Baghdad.

Kediaman Mustafa menjadi sasaran dron yang membawa bahan letupan, dipercayai cubaan untuk membunuh beliau, lapor BBC.

Laporan media tempatan melaporkan Mustafa yang dilantik ke jawatannya pada bulan Mei, tahun lalu, telah dibawa ke hospital.

Mustafa, bekas ketua perisikan, dalam cipan di Twitternya menyeru orang ramai supaya ‘tenang dan tidak mengambil tindakan yang terburu-buru, demi keamanan Iraq.

Difahamkan sekurang-kurangnya enam orang pegawai keselamatan beliau dilaporkan cedera.

Sehingga kini belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan kediaman Mustafa yang terletak di kawasan yang menempatkan bangunan kerajaan dan juga kedutaan asing.

Baru-baru ini kumpulan militia yang disokong Iran mengadakan demonstrasi berdekatan dengan Zon Hijau kerana membantah keputusan pilihan raya bulan lepas.

Leave a Reply