Tragedi ragut nyawa selebriti Indonesia

Hebahkan !!!

 

KEADAAN kereta dinaiki Vanessa Angle dan keluarga yang terlibat kemalangan

SELEBRITI popular Indonesia Vanessa Angel dan suaminya, Bibi Ardiansya dilapor telah meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta yang dinaiki terbabit kemalangan.

Kejadian berlaku berhampiran tol Jombang itu meninggalkan kesan mendalam apabila kedua-dua mangsa yang cedera parah telah meninggal serta merta sementara pemandu pasangan itu meninggal dalam perjalanan ke hospital.

Manakala nasib tiga lagi penumpang iaitu anak-anak mangsa dan pengasuh dilaporka dalam keadaan stabil dan dirawat di sebuah hospital berhampiran.

“Mereka mengalami kecelakaan nahas di Tol Jombang KM 672, Jawa Timur. Dalam kes nahas insiden, Vanessa dan suami tewas.

“Betul pasukan polis A1 sahkan Vaness dan suami tewas di tempat kecelakaan di Tol Jombang,” kata Pengusaha Trafik Lebuhraya Polresta Jombang, ACP Rudi Purwanto pada lewat petang Khamis.

Kecelakaan yang berlaku pada pukul 12.36 pagi dikatakan berpunca daripada pemandu mengantuk lalu gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar pembahagi jalan.

Akibat pelanggaran sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan serta kepala, meninggal di tempat kejadian.

Kemalangan tragis itu dapat liputan meluas di Indonesia termasuk ucapan takziah dari masyarakat kepada Keluarga mangsa selain rasa simpati netizen terhadap nasib dua anak pasangan itu yang menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

Leave a Reply