Siri kebodohan yang berlaku, punca kematian pelatih

Hebahkan !!!

 

KEJADIAN buli hingga sebabkan kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain merupakan insiden yang tidak sepatutnya berlaku dan boleh dielakkan.

Menurut seorang pengguna media sosial yang dikenali Izzuddin Yussof mendakwa, kejadian malang tersebut merupakan siri kebodohan yang berlaku dalam masyarakat termasuk melibatkan kepercayaan kepada bomoh.

 

“Kejadian ini (merupakan) siri kebodohan yang berlaku dalam masyarakat. Daripada kebodohan mencuri, bodoh percaya bomoh. Bodoh membuli, bodoh tidak guna akal dan segala jenis kebodohan yang lain.

“Akhirnya membawa kepada tamatnya riwayat insan yang tidak bersalah,” tulis beliau dalam Facebooknya.

Beliau mendakwa pihak pertama bersalah adalah pencuri sebenar komputer riba Muhammad Akmal Zuhairi Azmal.

Izzuddin mendakwa kedua bersalah ialah Mohd. Syafiq (tidak termasuk dalam 18 orang tu) kerana dia yang mencadangkan penggunaan khidmat bomoh terbabit.

Pihak ketiga yang bersalah dakwa Izzuddin ialah bomoh terbabit, Abdullah Md Seh yang juga ayah kepada Muhammad Ashraf, salah seorang daripada 18 tertuduh.

“Dia yang first melalui telefon sesuka hati namakan arwah sebagai pencuri. Tidak tahulah (jika) ada ke undang-undang boleh hukum dia menjadi punca kes pembunuhan.

“Kesemua 18 orang bersalah sebab bodoh percayakan bomoh yang kata arwah curi komputer riba. Walaupun tiada sebarang bukti. Hanya berpegang kata-kata bomoh.

“Namun yang terlebih bodoh adalah enam orang itu yang percaya sampai sanggup tekap arwah dengan sterika sebanyak 90 kali,” dakwa beliau.

Izzuddin mendakwa jurulatih atau warden UPNM juga bersalah yang seperti kata hakim, kalau mereka mengggunakan ‘akal’, maka arwah mungkin dapat diselamatkan.

“Selepas dapat surat layang yang meminta mereka memeriksa bilik 04-10 sebab ada orang perlukan rawatan segera, (kenapa) warden ini pula pergi sebarkan surat itu dalam kumpulan WhatsApp,” katanya.

Tambah beliau, begitu juga dengan pihak doktor klinik swasta yang menjadi lokasi pertama allahyarham menerima rawatan.

“Takkan tidak nampak kesan seterika dan percaya buta ia berpunca daripada letupan dalam latihan (ada info lain dari Dr locum di bahagian komen yang mereka cakap, arwah jatuh motosikal. Lagi tidak munasabah),” kata beliau.

Media baru-baru ini laporkan enam tertuduh bekas pelajar UPNM dihukum penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi bersalah atas sebab mendatangkan kecederaan tanpa niat membunuh Zulfarhan.

 

 

Leave a Reply