Mengapa terburu-buru buat PRN? Tanya pemimpin DAP Sarawak

Hebahkan !!!

Pengundi muda di Sarawak dijangka terlepas peluang menunaikan kewajipan mereka susulan penamatan Proklamasi Darurat, yang membuka laluan pelaksanaan pilihan raya negeri ke-12 (PRN12) Sarawak, kata pemimpin DAP.

“Penamatan Proklamasi Darurat membuktikan Abang Jo (Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg) terdesak mahu mengadakan pilihan raya negeri sebelum penghujung tahun ini, dengan jelas mengelak Undi18,” kata Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen.

“Soalan saya kepada Abang Jo adalah: Adakah Undi18 lebih menakutkan daripada Covid-19? Mengapa beliau mahu memberi risiko kepada kehidupan rakyat Sarawak dan memilih melakukan pilihan raya negeri awal semata-mata mengelak penguatkuasaan Undi18?” katanya.

Pada September, Mahkamah Tinggi Kuching, memutuskan kerajaan perlu melaksanakan pindaan ke atas Undi18, menjelang 31 Disember selepas membenarkan permohonan mencabar difailkan lima belia Sarawak bagi menentang keputusan kerajaan sebelum ini, yang dipimpin Muhyiddin Yassin, kerana tidak melakukan pindaan pada Julai.

Antara kandungan pindaan itu membabitkan menurunkan kadar umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Leave a Reply