Aminah cipta tudung khas pekerja di tapak projek

Hebahkan !!!

INOVASI Tudung APC dihasilkan mendapat perhatian banyak pihak di England 

SEORANG Muslimah Inggeris merancang menghasilkan tudung khas yang selesa dan lebih mudah dipakai oleh wanita Islam yang bekerja di bidang pembinaan.

Bagi Jurutera Muslimah di Birmingham, England, Aminah Shafiq, tudung dihasil amat sesuai serta selesa dipakai ketika melakukan kerja di tapak binaan dengan penggunaan bahan tidak panas dan nyaman.

Aminah menyatakan, beliau merancang hasilkan tudung khusus itu sesuai dengan kerja kontrak kerana sebelum ini dirinya berasa tidak selesa dengan tudung dipakai semasa bekerja.

Menurut Penasihat Kanan Kualiti Air Birmingham itu, beliau mula menyedari tiada pilihan tudung muslimah yang sesuai untuk aktiviti atau kerja lasak di lapangan.

“Saya juga bimbang, tudung dipakai semasa kerja tersangkut atau merasa tidak selesa kerana topi keselamatan digunakan pula tidak mesra tudung.

“Jadi sebagai sebahagian dari peranan saya seorang Muslimah, saya tidak mahu tuntutan ini (bertudung) dilihat sebagai menyusahkan, mengganggu tugasan hakiki.

“Bagi pastikan saya terus menutup kepala, selesa penampilan, maka dengan dukungan penuh Severn Trent, saya ubahnya menjadi jilbab khusus APD (Alat Pelindung Diri) pertama kami,” tambahnya.

AMINAH memperaga Tudung APC yang sesuai dipakai untuk kerja di lapangan

Aminah mengatakan mengambil inspirasi jilbab dirancang bagi kegunaan atlet kerana bahan-bahan untuk pembuatannya hampir sama dan sesuai dipakai bersama topi keselamatan di tapak pembinaan.

Ketika prototaip tudung APD dilakukan, turut mengambil kira kesesuaian diguna kesemua jenis perusahaan memastikannya memberi manfaat luas kepada pemakainya.

“Bahan ringan dan sejuk diguna bererti ia akan berikan rasa nyaman di sepanjang hari serta lulus penggunaan tanpa perlu bimbang atau bersusah payah di lapangan sambil tetap menutupi rambut dan aurat dengan sempurna.

TUDUNG APD yang dihasilkan Aminah

“Saya sangat berharap jilbab ini membantu membuka jalan bagi lebih banyak wanita Muslim memulakan karier di bidang teknikal sambil terus menjaga tatasusila Muslimah,” kata Aminah

Leave a Reply