PN “Ghaibkan” Simbol PAS Di Bumi Melaka.

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Sejarah ketaksuban PAS bakal berakhir dibumi Melaka.

Ini akibat ketetapan bahawa kemuafakatan Melayu Islam yang PAS terbabit bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengakibatkan mereka terpaksa menggunakan logo dan bendera Perikatan Nasional.

Ini sebagai menyahut laungan kononnya PAS dan PPBM mendokongi kesepakatan bersama dan menyalahkan UMNO yang enggan bersama sama kesepakatan ini.

Umum tahu betapa taksubnya ahli PAS kepada logo Bulan pada bendera PAS sehingga ada yang pernah  membawa bendera PAS ketanah suci dan mengibarkannya disana.

Kini, akibat percantuman PAS dan PPBM, maka terpaksalah PAS menerima syarat ini.

Untuk makluman, PAS sehingga saat ini belum pernah menggunakan logo atau lambang parti lain selain logo dan bendera mereka sendiri.

Walaupun ketika PAS bergabung dengan arti anti Islam DAP , PAS tetap menggunakan logo mereka sendiri.

Kini di Melaka , nampaknya PAS terpaksa ikut arahan kesepakaan.

Parti Bersatu pula, agak seronok untuk perguna logo PN mirip Barisam Nasional , ini difahami atas sebab identiti sebagai komponen dalam kerajaan 22 bulan yang akibatkan hutang negara meningkat setelah banyak menjual aset negara dapat disorok.

PPBM juga adalah sebahagian dari komponen Pakatan Harapan yang mengecewakan rakyat dengn janji manifesto mereka.

Maka dengan perguna logo dan simbol baru kebiruan mirip BN mereka harap rakyat akan melupakan dosa 22 bulan bersama DAP memijak orang Melayu.

Bayangkan kekecewaan rakyat terhadap penipuan kerajaan PH dimana mereka kencingkan rakyat dengan pelbagai janji seperti penghapusan TOl, mansuhkan hutang PTPTN ,, menghapuskan AES dan janji satu juta pekerjaan kepada rakyat.

Apa yang terjadi adalah rakyat tanggung beban memberi derma kepada kerajaan , sudah jatuh di timpa tangga pula.

Kini sudah pasti wajah bulan PAS akan lenyap dibumi Melaka atas sebab kesepakatan dan mahu membukti PAS dokong kerjasama bersama Bung.

Jika tidak, jelas sekali PAS adalah munafik yang cakap tidak serupa bikin.

UMNO, bagaimana pun terselamat dari tipu helah yang cuba dibawa oleh PPBM yang jelas malu dengan lambang penipuan 22 bulan mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply