Mako kini bukan lagi kerabat Diraja Jepun

Hebahkan !!!

MAKO disisi suami dicintai Kei Komura akan menetap di USA selepas berkahwin. 

PUTERI Jepun, Mako sanggup melepaskan statusnya sebagai kerabat diraja Jepun apabila mengahwini seorang rakyat biasa, Kei Komura merupakan buah hatinya ketika belajar di kolej.

Beliau menyifatkan perkahwinan dengan Kamuro sebagai pilihan terbaik untuknya sekalipun perlu melepaskan keistimewaan dinikmatinya sebagai Puteri Diraja.

Berdasarkan undang-undang Jepun, hanya lelaki boleh mengekalkan status kerabat diraja jika mengahwini rakyat biasa.

Mako turut disamakan pasangan diraja Britain, Harry dan Meghan Markle, turut menolak tawaran mengadakan perkahwinan diraja dan juga ganjaran biasa diberikan apabila mana-mana wanita kerabat diraja memilih hidup seperti orang biasa.

Beliau adalah anak perempuan Putera Mahkota Fumihito and pasangannya, Kiko, menjadi anggota kerabat diraja Jepun pertama menolak tawaran seumpama itu, lapor Agensi.

Mako dan pasangan dijangka akan menetap di Amerika Syarikat selepas berkahwin kerana suaminya, Kamuro berkerja sebagai peguam di negara tersebut.

Sebelum ini, hubungan kedua-dua pasangan ini menimbulkan kontroversi di negara matahari terbit itu.

Kamuro berdepan dengan perhatian ramai dan juga kritikan termasuk mengekalkan rambut ekor kudanya yang dianggap oleh sesetengah rakyat Jepun sebagai tidak sesuai untuk seseorang akan berkahwin dengan puteri diraja Jepun.

Perkahwinan pasangan tersebut turut mendapat bantahan rakyat Jepun.

Mako dalam satu sidang media memohon maaf sekiranya perkahwinan mereka telah menimbulkan perasaan tidak senang dalam kalangan rakyat negara itu dan terhutang budi kepada mereka yang menyokongnya.

Sementara itu, Kamuro pula menyatakan kesedihannya kerana Mako menjadi mangsa tuduhan liar hingga sebabkan pasangannya itu terkesan daripada segi fizikal dan juga mental.

Leave a Reply