Kes Penculikan, Mangsa Ditahan Paling Lama

Hebahkan !!!

MENYEDIHKAN apabila mendengar atau terbaca mengenai mangsa penculikan dijadikan tebusan oleh penjenayah. Ada sesetengah mangsa terdiri daripada kanak-kanak dan remaja namun telah dijadikan mangsa seksual mahupun dijual kepada sendiket.

Realitinya tidak semua mangsa culik bernasib baik dan berjaya ditemui semula. Sebahagian besarnya kes culik masih belum diselesaikan sehingga kini walaupun sudah berlaku puluhan tahun lalu.

Ironinya, ada sesetengah mangsa culik dapat ditemui semula atau diselamat selepas membayar tebusan, namun pengalaman ngeri dialami, mangsa seringkali trauma dalam tempoh agak lama hingga perlukan rawatan secara berterusan akibat diperlakukan dengan jijik oleh penculik.

Disenaraikan 3 kes penculikan mangsa paling lama ditahan oleh suspek yang pernah berlaku setakat ini.

cleveland kidnapping

1. Amanda Berry, Michelle Knight dan Gina DeJesus (Diculik selama 9 hingga 11 tahun)

ANTARA Ogos 2002 sehingga April 2004, tiga wanita ini dilaporkan hilang di leveland, Ohio. Mereka ialah Amanda Berry, 17, Michelle Knight, 21, dan Gina DeJesus, 14.

Ketiga-tiga mangsa diculik dan dikurung oleh Ariel Castro yang telah merogol dan menyeksa mereka selama sedekad. Hasil perbuatan terkutuk itu, Amanda akhirya melahirkan seorang bayi perempuan manakala Michelle pula mendakwa, kandungannya gugur sebanyak lima kali akibat dipukul oleh Castro.

Akhirnya pada 2013, Amanda berjaya diselamatkan oleh jiran Castro yang kemudiannya menghubungi pihak polis dan hasil serbuan pihak berkuasa temui Michelle dan Gina di kediaman penjenayah itu.

Castro telah dijatuhkan hukuman penjara selama 1,000 tahun tetapi membunuh diri pada bulan pertama menjalani hukuman di penjara.

Ketiga-tiga wanita itu kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dan kini aktif memberi kesedaran dan berkempen untuk usaha mencari individu dilaporkan hilang.

 

jaycee dugardDari kiri: Nancy Garrido, Jaycee Dugard dan Phillip Garrido

2. Jaycee Dugard (Diculik dan ditahan selama 18 Tahun)

Pada 1991, Jaycee Dugard berusia 11 tahun diculik ketika berjalan ke hentian bas sekolah berhampuran rumahnya, di South Lake Tahoe, California. Dia telah ditembak menggunakan stun gun dan diculik oleh Phillip Garrido dan isterinya, Nancy.

Pasangan penculik itu telah mengurung Jaycee selama 18 tahun dan dalam tempoh tersebut, mangsa sering dirogol oleh Garrido yang merupakan pesalah seks dan penagih dadah.

Pada Ogos 2009, Garrido bersama dua kanak-kanak perempuan ke balai polis di University of California bagi meminta kebenaran menyampaikan ceramah mengenai agama dan seksual. Garrido mendakwa dia mempunyai penyelesaian kepada individu yang mengalami masalah seksual.

Pegawai yang curiga mula memeriksa latar belakang suspek dan mendapati Garrido mempunyai rekod rogol dan culik. Lalu Garrido ditahan untuk soal siasat sehingga segalanya terbongkar. Dua kanak-kanak perempuan dibawanya adalah hasil hubungannya dengan Jaycee Dugard yang diculiknya.

Garrido dihukum penjara 431 tahun manakala isterinya Nancy pula dihukum penjara 36 tahun.

 

elisabeth fritzl 185

Elisabeth dan bapanya, Josef Fritzl

3. Elisabeth Fritzl (Diculik dan ditahan selama 24 Tahun)

TRAGEDI malang menimpa wanita ini gemparkan dunia apabila Elisabeth Fritzl ditemui pada 2008. Dia telah dipenjarakan selama 24 tahun di bahagian ruang bawah tanah di rumah ibu bapanya, di Austria.

Lebih menyedihkan, Elisabeth dipenjara oleh bapanya sendiri Josef Fritzl, yang turut bertindak merogol Elisabeth hingga melahirkan 7 anak  dengan seorang darinya meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan.

Tiga anak Elisabeth hidup secara normal bersama Josef dan isterinya, Rosemarie yang juga ibu kandung Elisabeth. Rosemarie dan kanak-kanak itu ditipu Josef bahawa Elisabeth tidak mahu menjaga mereka.

Pada April 2008, segalanya terbongkar apabila Josef terpaksa membawa anak Elisabeth yang dikurung ke hospital kerana masalah buah pinggang. Elisabeth dan anak-anaknya berjaya diselamatkan manakala Josef dipenjara seumur hidup.

Leave a Reply