PRN Melaka : Parti PEJUANG Tidak Berani Tanding. Ambil Kesempatan Buat Kenyataan Populis sahaja.  

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Semua tahu tujuan parti PEJUANG diujudkan bukan untuk rakyat atau untuk sesiapa melainkan untuk agenda peribadi Tun Mahathir.

 Setelah ploynya bergaduh dengan Tan Sri Mahiaddin Yassin dan mahu elak musuhnya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, maka tertubuhlah Parti Pejuang.

 Memang benar pendapat yang menyatakan Parti Pejuang tidak bertanding dipilihanraya Negeri Melaka atas sebab tiada kepentingan Tun Mahathir.

 Tun Mahathir tidak mungkin akan mahu membuang masa menolong rakyat atau tanding demi rakyat Melaka kerana semua tahu itu bukan polisi peribadinya.

 Tapi jika ia kerusi Parlimen, baru lah Parti Pejuang akan beranding kerana disitu ada kepentingan.

 Parti Pejuang juga diwaktu ini dikatakan oleh Tun Mahathir tidak menyebelahi mana mana pihak , namun masih sukar melihat Tun Mahathir menghentam Parti DAP atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

 Tun Mahathir tidak menyerang “allout” PPBM ataupun DAP , malah kes kes babit DAP juga Tun Mahathir tidak menyerang seperti kes rasuah Terowong atau saksi kes rasuah Lim Guan Eng mati jatuh bangunan.

 Kerana musihat PRU15 sudah boleh dibaca , berkemungkinan disaat perlu akan melompat kesitu juga dalam bidaan politik.

 Parti Pejuang memilih duduk ditengah tengah menjadi “Third force “ atas sebab mudah esok bila PRU15 dan kedua pihak Pakatan Harapan atau Barisan Nasional kerusi seimbang,  memerlukan kerusi “top up” untuk menjadi kerajaan , maka Parti Pejuang akan buat “deal” dan tentu jika pihak yang hendak kerusi “top up” untuk menjadi kerajaan , barulah Parti Pejuang tawar diri dengan bersyarat Anak Tun Mahathir mesti diselitkan diatas.

 Inilah yang diiatakan agenda peribadi sentiasa menjadi keutamaan kepada Pejuang.

Maka atas sebab itu Parti Pejuang tidak berminat berbakti kepada rakyat menjadi ADUN dan hanya minat kepada  kerusi kerusi Parlimen.

 Walaupun Tun Mahathir membuat kenyataan Parti Pejuang akan meletak calon di 120 kerusi Parlimen, pendapat kami adalah hanya kenytaan “taktikal” sahaja.

 Ini untuk memberi bayangan Parti Pejuang ramai ahli dan penyokong dan sebuah Parti yang harus diberi perhatian.

 Dalam kiraan kami Parti Pejuang mungkin akan bertanding sekitar 20 kerusi sahaja maksimum dan berharap menang 5-7 kerusi sahaja.

 Misi Parti Pejuang tersangat jelas , bukan demi rakyat tapi demi agenda peribadi Tun Mahathir sahaja.

Leave a Reply