Asrama matrikulasi sering alami kejadian aneh

Hebahkan !!!

PENGALAMAN dilalui Hani (Bukan nama sebenar) merupakan pelajar baharu batch 2020/2021 antara asam garam yang sering berlaku di salah sebuah asrama Matrikulasi di Utara tanah air.

Cerita bermula apabila Hani dan tiga lagi rakan sebilik yang baharu sahaja memasuki asrama alami kejadian pelik pada malam kedua mereka ingin tidur di blok M asrama itu.

Hani dan Lin tidur bersebelahan di tepi tingkap sambil buka la langsir dan tingkap disebabkan panas. Jadi, pada malam kejadian salah seorang rakannya agak lewat tidur sambil bermain telefon bimbitnya.

Lebih kurang 12.30 tengah malam yang kebetulan juga adalah malam Jumaat, tiba-tiba ketukan kuat di pintu bilik telah membuatkan Ila terkejut lalu segera berselimut rapat tanpa mahu melihat siapa yang datang sebenanrnya.

Setelah lebih tiga kali ketukan itu pun terhenti sambil terdengar derapan tapak kaki berlari di koridor yang membuatkan Ila yang ketakutan terus lelap tanpa mahu melayan perasaan lagi.

Keadaan hening pagi sambil bertiup angin bayu di tingkap membuatkan seorang lagi rakan sebilik iaitu Lin terjaga dari tidur dan terdengar sayup jeritan wanita seolah-olah kesakitan. Lin cuba beranikan diri untuk melihat keluar tingkap dan alangkah terkejut apabila dia mendapati ramai rakan pelajar yang sedang berkejaran di padang sekolah.

Lin yang seperti bermimpi menggosok-gosok matanya, dan makin jelas ada rakan pelajar sedang mengejar pelajar yang lain sambil menjerit.

Setelah diamati barulah pasti, ada tiga pelajar perempuan terkena histeria menjerit-jerit lari di padang. Waktu itu jam tepat menunjukkan 3.30 pagi dan kelihatan warden asrama bersama guru yang tinggal di kuaters sekolah mula cuba menangkap pelajar yang histeria.

Setelah hampir 15 minit mangsa berjaya ditenteramkan dan dibawa ke surau, lalu dibacakan ayat-ayat suci al-Quran bagi menenangkan ketiga-tiga mangsa. Akhirnya berkat bacaan ayat rukhyah, pelajar terbabit pun lega dan mula menangis sambil ditenteramkan oleh rakan-rakan lain.

 

MAKHUK aneh yang dikatakan dilihat oleh pelajar sebelum terkena histeria – Gambar Hiasan

Berdasarkan cerita mangsa, didapati ketiga-tiga mangsa pada mulanya terdengar bunyi wanita menangis, tetapi yang peliknya ketiga-tiga mangsa tinggal di bilik berasingan tetapi mendengar suara tangisan yang sama. Setelah itu, ketiga -tiga yang mendengar tangisan, mula merenung daripada tingkap bilik.

Sebaik sahaja tingkap bilik dibuka, sesegera itu muncul tiupan angin menerpa lalu terjelma lembaga menakutkan sehingga membuat setiap mangsa itu menjerit lalu terus histeria.

Salah seorang mangsa berkata, sebaik buka tingkap, dia melihat lembaga putih dengan wajah mengerikan menerpa ke arahnya membuatkan dia terkejut lalu terus menjerit.

Daripada cerita rakan senior, perkara mistik itu terjadi kepada mangsa yang dalam keadaan tidak suci dan ‘makhluk” tersebut akan menjadikan mereka sebagai mangsa hasutan untuk menakutkan orang ramai selain mahu menunjukkan kewujudan mereka di kawasan itu.

Ada berpesan, sebolehnya sisa tuala wanita yang telah diguna dibuang sebaik mungkin jika tidak mahu menjadi mangsa histeria akibat kerakusan makhuk halus menyesatkan manusia. Cerita dan pengalaman tersebut kini menjadi ikhtibar bagi empat sekawan iaitu Hani, Ila, Lin dan Ida yang sama sekali tidak berani lakukan sembarangan.

Leave a Reply