Passport Najib Lebih Penting Dari Pulau Batu Puteh Bagi Mahathir.

Hebahkan !!!

 


Oleh Sirajuddin Ahmad

Tun Mahathir buat kenyataan amat luarbiasa apabila mahkamah melepaskan passport antarabangsa kepada Datuk Seri Najib.

 Bagi mereka yang amatur berkenaan Tun Mahathir, ini adalah contoh kenyataan klasik apabila beliau cuba mengalihkan tumpuan terhadap perilaku beliau sendiri.

 Dikala ini seluruh negara tertumpu kepada Pilihanraya negeri Melaka , maka tumpuan isu nasional adalah pengadaian Pulau Batu Puteh oleh Tun Mahathir, kes Zeti , senarai nama nama orang yang miliki akaun sulit offshore diluar negara dan juga isu individu  individu ada kaitan dengan Tun Mahathir miliki 13 buah bank diluar negara.

 Maka, apakah yang elok dilakukan oleh Tun Mahathir?

 Tidak lain dan tidak bukan adalah mengalih tumpuan rakyat kepada Datuk Seri Najib Razak.

 Itu sahaja opsyen yang ada pada Tun Mahathir.

 Persoalan, adakah isu passport DSNR lebih utama dari isu TuN Mahathir menyerah sebuah pulau milik rakyat Johor kepada Singapura?

 Tun Mahathir kata isu lepas passport ada lah luarbiasa demi hendak memberatkan isu, sedangkan seorang tokoh lain dizaman dia juga dapat pergi buat rawatan ke luar negara.

Tun Mahathir juga semat menggelar DSNR sebagai penjenyah VIP.

 Malah, permohonan dibuat oleh DSNR adalah melalui mahkamah dan bukan melalui Peguam Negara atau kerajaan.

Apakah kerajaan mahu melawan perintah mahkamah ? atau Mahathir sendiri mahu cabar keputusan mahkamah?

 Jika Mahathir buat andaian DSNR mahu lari, maka ia amat tidak masuk akal atas sebab DSNR sekali lagi mohon tarikh tunda dengan izin mahkamah untuk selesaikan tugas pilihanraya sebelum tunai tanggungjawap peribadi.

 Orang hendak lari tidak tunggu satu saat pun jika ada peluang.

 Jika DSNR lari keluar negara , ia kemenangan kepada Tun Mahathir juga atas sebab DSNR penakut dan bersalah atas sebab itu larikan diri.

 Maka , perbicaraan tidak perlu lagi untuk memalukan Tun Mahathir dan Pakatan Harapan dimana sangat sangat pelik dimana Tun Mahathir , Zeti  dan juga saksi saksi utama tidak hadir dalam mahkamah untuk memberi keterangan.

 Kes apakah yang ketiadaan saksi utama didalam nya? Ini lah kesnya.

Tun Mahathir sepatutnya risau tentang kesilapannya melepaskan Pulau Batu Puteh yang akan menjadi pulau 10 kali ganda besar kemudian hari untuk lojistik ketenteraan Singapura.

 Tun Mahathir sepatutnya bising dan kritik kenapa kes bekas Gabenor Bank Negara belum didakwa lagi.

 Kes bekas Gabenor  Bank Negara dimana suaminya bersubahat dengan “fugitive” dan penjenayah Jho Low lalu menerima sejumlah wang 1MDB masuk kedalam akaun di Singapura.

 Ia satu kes yang sangat mencurigakan atas sebab bekas Gabenor ada kaitan meluluskan Bon.

 Itu sepatutnya kerisauan seorang bertaraf negarawan bergelar “Tun”.

Apakah wang dan kes 1MDB tidak penting lagi kepada Tun Mahathir sejak kroninya didapati terbabit?

 Tun Mahathir buat jab berkenaan passport kepada Najib jelas sekali sekadar ploy alih tumpuan cara lama yang sudah tidak lagi menjadi dan juga manuver yang sudah lapuk.

 DSNR juga membidas kenyataan Tun Mahathir sambil menyindir Mahathir.

Kenyataan Tun Mahathir diakhir akhir ini hanya dilakukan oleh media milik kroninya sahaja, atas kebanyakan media sudah anggap Mahathir sebagai ‘spent bullet’ yang bukan bertaraf “news value” lagi , tambahan Mahathir suka berubah kenyataan ikut kepentingan peribadi dan semasa dan bukan atas  kepentingan rakyat.

Leave a Reply