Watak ‘sotong’ tular di media sosial, itu saya – Danesh

Hebahkan !!!

PELANTIKAN Danesh sebagai Ahli LPU UM pada usia 26 tahun menjadi pendebatan pelbagai pihak tentang kredibilitinya. 

SELAIN dipertikai kredibiliti melayakannya  dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Malaya (UM), kini Danesh Raj Nagarajan berdepan pula klip video tular memaparkan wataknya beraksi seperti lelaki lembut. 

Mengulas mengenai perwatakan sebenar dirinya, Danesh mengakui video tular adalah dirinya, namun yang dilihat menerusi klip itu sebenarnya lakonan semata-mata ketika dia sedang menjalani latihan watak Mak Inang bagi babak persembahan teater tradisional.

“Ya dalam video tular itu adalah saya ketika sedang berlatih membawakan watak Mak Inang iaitu satu watak Mak Inang iaitu watak penghibur dalam mana-mana pementasan teater tradisi bidaya masyarakat yang saya perjuangkan.

“Itu adalah sebahagian daripada watak (dalam pementasan teater) ia bukan suka-suka dibuat atau diimejkan macam itu., itu saya lakukan untuk tujuan pembelajaran seni persembahan. Klip dipaparkan itu adalah dari video-video lama yang mereka keluarkan,” jelasnya.

Menurut Danesh, sepanjang bergelar pelajar seni persembahan bermacam watak dan kelas dilalui termasuklah watak dilakon atas minatnya terhadap seni lakonan dan sama sekali bukan paparan sebenar imejnya.

Malah katanya, dia juga yakin dan percaya, jika disebut kepada rakan mengenalinya, mereka akan tahu itu adalah dirinya sewaktu kelas dan benda itu bermula di dalam kelas pembelajaran.

“Selain pembelajaran dalam kelas, dalam persembahan luar pun saya terlibat dan sebagainya. Namun ia bukan diri saya sebenar, hanya lakonan semata-mata,” katanya yang juga pegawai kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman.

Ganeshhttps://www.facebook.com/125842609679141/videos/293017735907587/

http://https://www.facebook.com/125842609679141/videos/293017735907587/

 

 

Leave a Reply