Kami tak layan politik adu domba Idris,’ kata bekas Exco Melaka

Hebahkan !!!

Seorang wakil rakyat berkata mereka tidak akan mengikut rentak politik ‘mengadu domba’ yang dibuat kumpulan berpaling tadah menyokong Pakatan Harapan (PH) sehingga membawa kepada kerajaan Melaka tumbang. (Gambar Bernama)

 

Seorang wakil rakyat berkata mereka tidak akan mengikut rentak politik ‘mengadu domba’ yang dibuat kumpulan berpaling tadah menyokong Pakatan Harapan (PH) sehingga membawa kepada kerajaan Melaka tumbang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Beberapa bekas Exco Melaka dari kumpulan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali enggan melayan dakwaan dibuat ADUN Sungai Udang, Idris Haron kononnya ada lagi beberapa wakil rakyat dan Exco yang selalu menyuarakan rasa tidak puas hati berkenaan pentadbiran negeri itu.

Seorang wakil rakyat yang enggan namanya didedahkan berkata mereka tidak akan mengikut rentak politik “mengadu domba” yang dibuat kumpulan berpaling tadah menyokong Pakatan Harapan (PH) sehingga membawa kepada kerajaan negeri pimpinan Sulaiman tumbang.

“Buat masa ini saya tidak mahu menimbulkan apa-apa isu dan tidak mahu terkait dengan politik mengadu domba.

“Saya mahu berpolitik secara matang, biar rakyat menilai,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Idris yang mendakwa selain empat ADUN yang menarik sokongan kepada pentadbiran kerajaan BN-Perikatan Nasional (PN) Melaka, ada lagi beberapa wakil rakyat yang sering menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung pentadbiran negeri itu.

Namun, bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata rungutan mereka hanya sekadar di mulut sahaja dan tidak dizahirkan dalam tindakan menarik sokongan seperti dibuat empat wakil rakyat berkenaan pada awal bulan ini.

“Sebenarnya ada empat ke lima orang lagi. Setiap kali selepas mesyuarat (Exco), keluar, merungut. Tapi akhirnya, mereka menyimpan harimau dalam perut, kucing di mulut,” kata Idris dalam satu temu bual bicara di Youtube TV Dinamika semalam.

Leave a Reply