37 jutawan bakal kongsi tips kejayaan bersama peserta Program WBB

Hebahkan !!!

IDIHAYS. SB

RINA Harun ketika hadir merasmikan WBB

PROGRAM Wanita Bangkit Berniaga (WBB) yang dijadualkan selama tiga hari, bakal menampilkan 37 usahawan jutawan bersama berkongsi tip dan rahsia kejayaan diraih masing-masing.

Penyertaan program percuma berlangsung mulai 26 November depan, menggabungkan tenaga usahawan jaya dalam satu acara dan berkongsi resipi kejayaan bersama peserta program WBB mensasarkan 20,000 penyertaan.

Bagi Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International, Radz Mohd, sesi selama tujuh jam setiap hari diatur secara percuma untuk peserta yang akan diadakan dalam talian.

“Kami sasarkan seramai 20,000 wanita menyertai webinar ini, pembelajaran akan bermula 9 pagi hingga 5 petang, secara keseluruhan setiap peserta akan terlibat dalam enam sesi.

“Ini antara cara RichWorks International membantu masyarakat terutamanya wanita melihat kembali potensi diri.

“Dengan menampilkan 37 usahawan jutawan berjaya dalam pelbagai bidang berkongsi kisah masing-masing, panduan para peserta,”katanya melancarkan Program WBB dirasmi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, Datuk Seri Rina di Ibu Pejabat Noir Health & Beauty.

Dalam pada itu, program julung kali dianjur bertema Tangan Yang Menghayun Buaian Boleh Menggoncang Dunia, bermatlamat tingkatkan pendapatan isi rumah serta perkasa kaum hawa melalui peningkatan pengetahuan dan kemahiran.

RADZ ketika ucapan di majlis pelacaran

Tambah Radz, WBB turut berkongsi teknik dan strategi bagaimana wanita membina bisnes yang berjaya dengan bimbingan mentor berterusan.

“Kami mahu memberikam. peluang wanita mengenal pasti dan memaksimumkan potensi diri untuk menaik taraf hidup dalam keadaan ekonomi mencabar kini terutama pasca Covid-19.

“Peranan 37 usahawan jutawan merupakan anak didik Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk meyakinkan peserta WBB kebolehan diri dan hidup berdikari melalui bisnes,” jelasnya.

Antara usahawan jutawan bakal tampil berkongsi idea menatik dalam program WBB termasuk Pengasas Sabella, Siti Fatimah Abdul Samad dan suami, Nuraini Zolkepeli (Nurraysa), Kartika Wati (Eksayvie) dan Eriyca Baiduri Abdul Rashid dikenali Madammu (Noir) dan ramai lagi.

Sementara itu Rina semasa perasmian juga melahirkan keyakinan terhadap keupayaan RichWorks International kendali program latihan dan bimbingan terbukti berhasil.

“Syarikat ini institusi membimbing dan melatih usahawan terbesar di Malaysia terutama segi penjenamaan, pemasaran dan kredibiliti kepimpinan terbukti berjaya membantu ribuan usahawan jutawan dalam tempob sehingga 24 bulan.

“Untuk itu, Kementerian edang meneroka potensi kerjasama dengan RichWorks agar program seumpamaa dilaksana berterusan libatkan kelompok lebih luas,” ujar Rina sambil meminta orang ramai dapati info lanjut di www.wanitabangkitberniaga.com.

Leave a Reply