Tulisan Mahathir Sekadar “Bullshit”,  Kerajaan Harus Saman RM100 Bilion Gantirugi, Lucut Gelaran Tun Selepas RCI.

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Tulisan Mahathir Sekadar “Bullshit”,  Kerajaan Harus Saman RM100 Bilion Gantirugi Dan Lucut Gelaran Tun Selepas RCI.

Seperti penyokong pasukan bolasepak Liverpool , ManU dan Chelsea mereka akan masuk ke dalam gua apabila pasukan mereka tewas dan akan muncul semula bila menang sambil mengejek-ejek pihak lawan, begitu jugalah dengan penyokong taksub Tun Mahathir.

Setelah sekian lama Tun Mahathir membisu termangu akibat belum dapat wahyu menjawab perilakunya dalam isu-isu membabit diri dan kroni beliau, akhirnya penyokong Mahathir muncul bersorak gembira  apabila idola mereka menulis panjang lebar berkenaan Pulau Batu Puteh yang “digadainya” secara “personally”.

Namun, bak kata Dr Puad Zarkarshi , ia bukan jawapan kepada isu pokok , ia hanya leteran sejarah dan  kisah-kisah tidak  berkait kepada satu soalan mudah.

Soalannya mudah, kenapa buat keputusan senyap-senyap bersendirian dalam kadar segera?

Latar belakang kes bukan soalan pokok. Hampir semua orang sudah tahu latar belakang isunya.

Apa yang menjadi isu adalah Tun Mahathir telah membuat keputusan secara “solo” macam dia buat KLCC dan perkara-perkara lain seperti “bailout” dan “Forex”.

Itulah yang menjadi isunya.

Memperbodohkan rakyat dengan cerita Pulau Langkawi dan membandingnya dengan Pulau Batu Puteh juga bukan isu dan asas dipersoalkan.

Sememang wajar ‘task force’ ditubuhkan untuk menyiasat dan mempersoal Tun Mahathir , kami sangat setuju.

Ini bukan soal kecil anak, menggadaikan tanah milik negara secara solo dan membuat keputusan sendiri terhadapnya.

Rakyat boleh berpuas hati jika ianya “collective responsibility”  oleh kabinet dan ramai pihak terlibat di dalam perundingan , tetapi rakyat tidak boleh terima hanya seorang badut membuat keputusan untuk melepaskan Pulau Batu Puteh dengan menarik tuntutan semakan.

Ia semacam ada “sesuatu” yang mencurigakan dan meyakinkan rakyat apakah yang mempengaruhi Tun Mahathir bertindak sedemikian? Adakah ia bahan “bidaan” untuk menutup sesuatu?

Semenjak terdedah kes kroninya memiliki wang RM100 juta di Singapura , Tun Mahathir sudah agak sayu berzikir cerita 1MDB.

Sudah tiba masanya Tun Mahathir perlu belajar menghormati hak rakyat.

Datuk Seri Najib Razak seorang Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan mahukan wang pinjaman untuk 1MDB dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) telah membuat permohonan rasmi dan ditolak pun menjadi isu perbualan dalam mahkamah, inikan pula menyerah pulau ikut sesedap rasa.

Sedangkan DSNR boleh beri tekanan semacam Lim Guan Eng arah seret harta dan aset umat Islam di Tabung Haji masuk beralih ke dalam Special Purpose Vehicle (SPV) yang dikuasainya tetapi DSNR tidak berbuat begitu.

Maka , kita harus mengalu-alukan jika “Task Force” ditubuhkan oleh kerajaan Ismail Sabri mencadangkan agar terus mendakwa Tun Mahathir atas kecuaian dan  motif melepaskan semakan di saat akhir seperti yang didakwa oleh Tan Sri Apandi Ali.

Rakyat mengerjakan haji melalui Yayasan 1MDB pun Mahathir hina dan anggap duit haram, kain diberi kepada Imam juga dijadikan kes , inikan menyerah pulau milik negara ikut sedap sendiri pula.

Disarankan, jika boleh kerajaan tuntut gantirugi kehilangan pulau itu sekitar RM100 bilion dan lucutkan gelaran “Tun” pun , kami percaya ramai rakyat akan puas hati.

 

Leave a Reply