Tiada penurunan harga atau diskaun Rumah Mampu Milik KWP

Hebahkan !!!

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan (KWP) tidak bercadang untuk menurunkan harga atau mewujudkan diskaun bagi dua projek Rumah Mampu Milik (RMM) dikendalikanya.

Perkara itu dinyata Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias bahawa harga jualan bagi Projek Residensi Keluarga Malaysia (RKM) ditetapkan tidak melebihi RM200,000 seunit.

Harga jualan tersebut katanya, adalah berdasarkan kajian kebolehlaksanaan pembangunan perumahan mampu milik RKM di Wilayah Persekutuan.

“Harga jualan itu boleh menjadi tarikan kepada pemaju membangunkan 100 peratus komponen RKM tanpa libat dana kerajaan atas tanah milik Kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator N. Balasubramaniam yang bertanya mengenai Projek Residensi Wilayah dan adakah Kementerian bercadang turunkan
atau mewujudkan diskaun terutama untuk mereka ingin memiliki rumah pertama dan golongan B40, di Dewan Negara hari ini.

Jelasnya, langkah itu diputuskan setelah pihaknya mengambil kira kos-kos perlu ditanggung pemaju meliputi kos tanah, pembinaan, infrastuktur dan fasiliti selain caj sumbangan dan pematuhan, kos pembiayaan dan lain-lain kos terlibat.

PROGRAM Perumahan Residensi Wilayah antara inisiatif untuk rakyat miliki rumah

Justeru katanya, KWP mengambil inisiatif memperkenal Residensi Prihatin Keluarga Malaysia berharga bawah RM200,000 berkeluasan minima 750 kaki persegi (KPS).

“Program Residensi Wilayah (RW) dahulu dikenali RUMAWIP merupakan program RMM di Wilayah Persekutuan meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, kemudian dijenama sekali lagi sebagai Residensi Wilayah Keluarga Malaysia.

“Ia dijual dengan harga tidak melebihi RM300,000 seunit berkeluasan minima 900 kps khusus untuk golongan berpendapatan sederhana M40 memiliki rumah” katanya.

Leave a Reply