Tanah mendap, akibat hujan lebat di Jalan Dutamas

Hebahkan !!!

MENDAPAN berlaku jalan Dutamas

HUJAN lebat berterusan sejak tengah hari menyebabkan berlakunya kejadian tanah mendap di Jalan Dutamas, lewat petang semalam.

Difahamkan, anggota polis trafik telah mengawal di lokasi bagi memastikan tiada kesesakan berlaku di samping satu laluan kontra telah dibuka untuk kelancaran.

Ketua JSPT Kuala Lumpur Asisten Komomisioner Sarifudin Mohd. Salleh ketika mengesahkan kejadian itu turut memaklumkan anggota trafik telah segera ditugaskan untuk mengawal lalu lintas.

“Pengguna jalan raya di laluan tersebut dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi arahan anggota bertugas,” katanya.

Terdahulu, beberapa portal berita turut melaporkan, orang ramai dinasihat terus berwaspada susulan amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) yang melibatkan 12 negeri mulai 20 Oktober.

MetMalaysia dalam kenyataannya menyebut negeri-negeri yang terlibat ialah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan serta Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah.

Keadaan cuaca tersebut diramal alberlaku sehingga 7 malam hari ini.

Leave a Reply