Buaya hidup berantai tayar di kepala sejak 2016

Hebahkan !!!

SEEKOR buaya di Palu, Indonesia meraih simpati ramai apabila kepalanya telah tersangkut gelung tayar motosikal sejak tahun 2016 lagi.

Plbagai usaha cuba dilakukan membantu mengeluarkan tayar itu namun masih tidak berhasil sehingga kini, malah sang bedal yang makin membesar, kelihatan terseksa dijerut gelung tidak mungkin tertanggal.

Pada tahun 2020 pihak berkuasa Indonesia menawarkan ganjaran buat sesiapa berjaya mengeluarkan tayar daripada leher sang buaya, namun usaha itu boleh dianggap gagal dan temui jalan buntu.

Pada December 2020, buaya sama dirakam muncul di kampung berhampiran muara sungai dan seorang wanita cuba hampiri buaya itu seolah-olah ingin membantu tanpa rasa takut.

SEORANG wanita cuba membantu buaya yang tersangkut gelung tayar. 

Kedengaran suara orang ramai menjerit meminta wanita terbabit menanggal tayar yang menjadi mimpi ngeri bagi sang bedal berukuran hampir empat meter itu, sejak lima tahun lalu.

Namun, buaya terbabit pula kelihatannya takut dan mula beredar memasuki air. Keadaan itu menimbulkan kegusaran para penduduk mengenai keselamatan buaya yang makin membesar, dengan tayar tersangkut di leher boleh mengancam nyawanya.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, gerak operasi menyelamat buaya ini agak sukar kerana lokasinya kerap berubah. Meskipun perangkap dipasang di beberapa tempat, namun buaya ini akan muncul tempat lain.

Selain itu, sungai Palu yang dihuni oleh ratusan buaya bersaiz menyeramkan turut membantut usaha murni penduduk dan pihak berkuasa untuk menyelamatkannya.

Tidak kurang juga penduduk yang doakan
buaya terbabit dapat bebas dari gelung tayar yang tersangkut di lehernya suatu hari nanti.

Kisah buaya ini yang tular di alam maya memberi pengajaran untuk kita jangan sesuka hati membuang sampah atau barang tidak diperlukan ke dalam sungai mahupun laut demi melindungi hidupan semulajadi flora dan fauna di muka Bumi.

Leave a Reply