Dulu Bila Najib Jawap , Mahathir Kata “Bullshit”, Hari Ini Mahathir “Elegance Silence” Pada “Bullshit”nya Sendiri

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Agak pelik juga apabila Tun Mahathir yang selama ini tersangat terkenal dengan sikap vokal dan “outspoken” tidak takut kepada siapa pun kini bertukar menjadi ayam berak kapur.

Kepada banyak isu dan skandal baru yang muncul sejak kebelakangan ini , Tun Mahathir pilih untuk “Elegance Silence”.

“Elegance Silence”  adalah terma yang diberi oleh Tun Mahathir kepada pentadbiran Tun Abdullah Badawi apabila tidak menjawap serangan Tun Mahathir berkenaan “Jambatan Bengkok” , “Tingkat empat” dan “3K” (Khairy Jamaludddin, Kalimullah dan Kamaruddin)

Tun Mahathir juga gelar kerajaan Tun Lah sebagai kerajaan “Half past Six” dan kerajaan ‘Flip flop’

Tun Mahathir sentiasa mencipta terma untuk menyerang lawan, seperti mana dia mencipta terma ‘kleptokrat” kepada UMNO dan Najib.

Dengan mencipta terma “kleptokrat” maka tidak perlu lagi jelaskan pengisian “kleptokrat” yang lebih sesuai kepada diri Tun Mahathir dan gerombolan kroni nya.

 

Isu dan skandal terkini tanahair melihatkan bahawa Tun Mahathir tersadong kedinding tidak mampu menjawap dan vokal lagi.

Air sudah mencecah paras hidung kepada Tun Mahathir.

Tun Mahathir yang lantang dengan isu 1MDB terus diam membisu apabila Singapura mendedahkan kroni kesayangan beliau dan Tun Daim miliki wang yang banyak dalam akuan luar negara dari wang 1MDB termasuk dalam senarai Pandora List juga.

Katakata jahat netizen , itu adalah wang Mahathir yang suka menggunakan nama orang lain tersebar luas di alam maya, namun ia belum ada apa apa pembuktian lagi sekadar bual kosong netizen sahaja.

Dengan maklumat itu juga Singapura berjaya cengkam Tun Mahathir kata netizen, takut terdedah harus ikut telunjuk.

Namun dengan Elegance Silence Tun Mahathir dan perlahannya keputusan siasatan , ia membuat spekulasi menjadi hampir benar atas sebab andaian netizen , apa yang terkait Tun Mahathir pasti akan ada halangan dan tidak mungkin berjaya didedah kerana network dan orang orang yang sudah dipasangnya dipelbagai tempat.

Selain kes wang yang banyak dalam akaun kroninya dan Pandora list, Tun Mahathir juga “ES” pada isu Pulau Batu Puteh.

Setakat ini, hanya perguna Panglimanya untuk menjawap seperti Shamsul Akmar bagai yang didedahkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Panglima panglima lain seperti Khairuddin dan Datuk Kadir Jassin juga diam “ES”.

Pada isu Pulau Batu Puteh pula Panglima Mahathir hanya mampu menuding jari kepada isu tanggungjawap bersama dan bukan menjawap kenapa serah Pulau sebegitu mudah.

Panglima Tun Mahathir mahu kongsi beban bersama DAP, PKR dan PAN.

Macam biasa, masalah harus dikongsi bersama , tapi kekayaan, projek tender hanya berkongsi dengan kroni , seperti projek HSR.

Ahli UMNO sudah masak dengan hal ini, tiada siapa ahli UMNO ratap tangis apabila Tun Mahathir keluar dari UMNO kerana ketika bersama UMNO yang untung hanya kron Tun Mahathir sahaja.

Kemudian, pada sindiran DSNR berkenaan “ada orang beli 13 bank” pun Tun Mahathir jadi ayam berak kapur kerana tidak berani respon.

Ini atas sebab sehelai bulu hidung ada atas kertas dokumen 1MDB pun Mahathir tahu , mana mungkin wang buka 13 bank diluar negara Mahathir tidak tahu pula dari mana datangnya..

Kini , jelas dan nyata , Mahathir tahu apa apa jawapan yang diberi di media akan diguna terhadapnya jika kes dibuka satu hari nanti.

Sebagai contoh apabila Tun Mahathir secara tidak sengaja mendedahkan dia dapat tahu berkenaan wang masuk akaun Najib dari bekas gabenor , sedangkan bekas gabenor pula berkata tidak tahu berkenaan wang itu kepada media.

Siapa antara keduanya berbohong? Itu terpulang kepada interpretasi masing masing.

Najib juga beri fakta SST boleh manipulasi cukai dan wang tipu cukai boleh dibawa lari keluar.

Dengan GST tidak boleh, maka adakah sebab mahu bawa wang keluar Pakatan Harapan dan Tun Mahathir pilih  SST?

Ini kerana berbilion yang sudah ada diluar negara atas sebab  sistem cukai SST

Maka konklusinya, Mahathir yang dulu “batuk” sahaja pun UMNO demam, kini bertukar menjadi ayam berak kapur.

Kenapa tidak mampu menjawap?

Ini isu rakyat, bukan isu anak Najib hendak bersalin.

Jawaplah dengan jujur dan tanpa klepet klepet lagi, kerana ada pihak sedia “Counter” jawapan yang tidak jujur yang datang dari Mahathir.

 

Leave a Reply