Selepas umum mahu susahkan antivaksin, netizen tanya KJ pakai ‘tangkal’ apa

Hebahkan !!!

umum
TANGKAL yang dipakai KJ turut menjadi isu

Selepas umum mahu susahkan hidup antivaksin, netizen pula tanya ‘tangkal’ apa Khairy Jamaludin pakai di lengan.

Nampaknya ‘perang’ mulut antara Menteri Kesihatan itu dengan puak antivaksin kini semakin menggegar.

Hari ini, beliau berkongsi di Instagram Storynya berkaitan kumpulan perbualan di media sosial yang digerak geng antivaksin yang mengisytiharkan KJdan Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai musuh mereka.

Perang ini meletus apabila Khairy bertegas akan ‘menyusahkan’ hidup kumpulan antivaksin supaya mereka berterusan tidak dibenarkan menikmati apa-apa kelonggaran seperti individu lengkap vaksinasi.”

Dalam perkongsian berkenaan Menteri Kesihatan itu dituduh memakai tangkal di tangan kiri dan menghebahkan kononnya beliau dijaga oleh empat jenis jin untuk melindungi dirinya.

Namun KJ dalam respons balasnya telah mengatakan tuduhan individu berkenaan adalah salah.

“Salah. Saya guna empat jenis jin vaksin untuk lindungi Malaysia.

“Jin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac dan CanSino,” bidas beliau.

Malah ada lagi kumpulan turut mengarang Qunut Nazilah untuk Khairy dan sekutunya.

Pertempuran ideologi terjadi kerana Menteri Kesihatan itu bertegas mengambil tindakan kepada individu enggan divaksin kerana mereka yang memilih untuk tidak diberikan pelalian berkenaan.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, biar pun vaksin tidak diwajibkan tetapi kerajaan tidak akan memberi muka kepada kumpulan terbabit kerana mereka memilih menolak untuk divaksin.

“Kita mungkin tidak akan melaksanakan undang-undang Persekutuan mewajibkan pengambilan vaksin, tetapi menggalakkan undang-undang sektoral,” kata Khairy.whatsapp sharing button

Leave a Reply