Penjawat awam, ahli perniagaan bergelar Datuk dikompaun langgar SOP

Hebahkan !!!

Dua penjawat awam serta seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ditahan serta dikompaun bersama pelanggan lain yang kerana melanggar SOP di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3, menurut Ayob Khan Mydin Pitchay.

 

Dua penjawat awam serta seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ditahan serta dikompaun bersama pelanggan lain yang kerana melanggar SOP di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3, menurut Ayob Khan Mydin Pitchay.

PETALING JAYA: Dua penjawat awam dan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk, antara individu yang dikompaun polis Johor dalam tiga serbuan berasingan di pusat hiburan semalam, membabitkan jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM357,000.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka dikenakan kompaun selepas pasukan khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan menyerbu sebuah pusat hiburan di Stulang Laut pada jam 1.50 pagi.

“Seramai 50 individu diperiksa dalam serbuan itu dan dua penjawat awam serta seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ditahan serta dikompaun bersama pelanggan lain yang kerana melanggar SOP di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3.

“Dalam serbuan ini juga, seramai 29 orang pelanggan ditangkap kerana positif dadah dan 10 wanita warga asing didapati tiada dokumen perjalanan diri yang sah dan tinggal lebih masa serta seorang lelaki warga tempatan yang merupakan penjaga premis,” katanya dalam kenyataan.

Ayob berkata, serbuan itu adalah satu daripada tiga yang dilakukan dalam Op Noda (Pusat Hiburan) antara 1 pagi hingga 11 malam semalam.

“Sebanyak tiga pusat hiburan telah diserbu dan diperiksa iaitu dua di Johor Bahru dan satu di Masai. Seramai 83 orang telah diperiksa terdiri daripada tiga penjaga premis dan 80 lagi pekerja serta pelanggan di pusat hiburan berusia antara 16 hingga 62 tahun.

“Seramai tiga penjaga premis dikompaun antara RM10,000 hingga RM25,000, manakala bagi pekerja dan pelanggan pula dikompaun antara RM2,000 hingga RM5,000 setiap seorang. Jumlah keseluruhan kompaun sebanyak RM357,000.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Johor 4/98, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen serta Seksyen 25(n) Peraturan Pendaftaran Negara,” katanya.

Leave a Reply