Ketua junta Myanmar tidak diundang ke Sidang Puncak Asean pada lewat Oktober

Hebahkan !!!

BANDAR SERI BEGAWAN (BRUNEI): Ketua junta Myanmar akan dikecualikan daripada menyertai Sidang Puncak Asean pada hujung bulan ini.

Asean mengumumkan keputusan demikian pada Sabtu (16 Oktober) ketika kebimbangan semakin memuncak berhubung komitmen kerajaan tentera berkenaan terhadap rancangan menangani krisis berdarah di Myanmar.

Brunei sebagai Pengerusi Asean memaklumkan, menteri luar daripada negara anggota mencapai persetujuan pada mesyuarat tergempar semalam, bahawa pemimpin junta, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing tidak akan dijemput ke sidang yang dijadualkan berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober ini.

Perkumpulan itu mengambil pendirian tegas selepas junta menolak permintaan untuk perwakilan khas mengadakan perjumpaan dengan semua pihak berkaitan – yang turut termasuk pemimpin Myanmar yang digulingkan, Ang San Suu Kyi. – Agensi berita

Leave a Reply