Italy wajibkan vaksinasi Covid-19 ke atas semua pekerja awam, swasta

Hebahkan !!!

ROM: Italy kini menghendaki keseluruhan tenaga buruh negara itu sama ada awam atau swasta, mendapatkan pas kesihatan kerajaan.

Ini setelah ia menggubal undang-undang tenaga kerja negara itu, semalam.

Langkah ini memberi tamparan kepada kebebasan demokrasi Barat itu setelah ia mewajibkan semua individu yang bekerja menerima suntikan vaksin dan menjalani ujian saringan Covid-19.

Kini rakyat Italy perlu membuat pilihan sama ada mendapatkan pas kesihatan atau berdepan kekangan bagi menyara hidup.

Para penunjuk perasaan berhimpun di pelabuhan-pelabuhan Italy dan ribuan lagi membantah di jalanan pada Jumaat lalu – menentang pelaksanaan undang-undang baru yang diperkenalkan itu.

Lebih 6,500 orang berhimpun di pelabuhan timur laut Trieste, menurut pegawai tempatan, meskipun presiden serantau, Encik Massimiliano Fedriga, menekankan “pelabuhan itu beroperasi”.

Undang-undang yang baru digubal ini memerlukan bukti vaksinasi, ujian negatif atau baru pulih daripada Covid-19 sebelum bekerja, adalah yang paling ketat di Barat, yang kini bergelut dalam mengimbangi tuntutan kesihatan dan kebebasan awam.  – AFP

Leave a Reply