Guru besar mengaku tak salah guna wang zakat RM75,000

Hebahkan !!!

PETALING JAYA: Seorang bekas guru besar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan menggunakan wang zakat berjumlah RM75,000, dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohamed Nor Azmi Darno, 54, didakwa melakukan perbuatan itu ketika berkhidmat sebagai guru besar di sebuah sekolah rendah di Sungai Buloh.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, bapa kepada enam anak itu didakwa melakukan pecah amanah jenayah iaitu dengan curang menggunakan sumbangan zakat daripada sebuah syarikat korporat, menurut laporan Kosmo.

Wang zakat itu telah digunakan untuk kegunaan sendiri dan tidak diagihkan kepada murid asnaf sekolah itu bagi program pemberian sumbangan Hari Raya. Perbuatan itu dilakukan di sebuah bank di Saujana Utama antara 17 hingga 19 Jun 2019.

Berikutan itu, tertuduh ditempatkan di bahagian psikologi dan kaunseling di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor bermula 1 Julai lalu dan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Dia boleh dikenakan hukuman penjara minimum dua tahun dan tidak melebihi 20 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Leave a Reply