Buku ‘Ruhnama’ jadi pegangan penduduk untuk masuk syurga

Hebahkan !!!


RUHNAMA turut dijadikan tugu di kota

PELIK dan aneh sekali pegangan hidup penduduk di sesetengah wilayah di Turkmenistan apabila menjadikan buku karya oleh Saparmurat Niyazov
sebagai panduan untuk melangkah ke syurga.

Itulah antara realiti yang sukar diterima logik akal khususnya dalam dunia perbukuan diakui wujud beberapa buku berpengaruh sama ada terhadap aspek ideologi, sosial mahupun politik.

Buku berjudul Ruhnama dirujuk sebagai karya agung menggabungkan bimbingan spiritual dan moral, autobiografi dan sejarah sangat popular dalam kalanhan masyarakat Turk ketika ini.

Kandungan buku yang mencakupi latar cerita dan puisi, termasuk karya dihasilkan penyair digelar Sufi, Magtymguly Pyragy.

Dengan menggabungkan penulisan “bimbingan spiritual bangsa, juga dasar dari seni dan sastera negara Turkmenistan dikatakan sebagai faktor penting karya ini diterima ramai dan dianuti oleh warga penduduk tempatan.

Idea penulis buku ini yang menggabungkan isu falsafah dan logik pegangan hidup tempatan lalu menciptakan citra positif dari masyarakat asal berkenaan definisi norma sosial, moral dan juga agama yang selari bagi orang Turkmen moden.

Selain itu turut wujud aliran pendapat dan cabang pemikiran yang mendakwa tujuan hidup sampai ke syurga mampu dicapai jika “Ruhnama” mampu menjadi pusat rujukan kehidupan Turkmenistan.

Ruhnama diperkenalkan kepada masyarakat di Turkmenistan secara bertahap, namun bersifat menyeluruh bermula daripada awal kehidupan hingga menemui kematian.

PELBAGAI lokasi di Turkmenistan paparkan Ruhnama sebagai simbol pegangan. 

Penulisnya, Niyazov awalnya hanya memberikan buku tersebut ke sekolah dan perpustakaan akan tetapi idea diterapkan melalui karya itu akhirnya telah memberi pengaruh besar dalam kehidupan rakyat dan terus tersebar ke seluruh negara.

Setelah itu wujud gerakan menjadikan buku Ruhnama wajib dibaca di sekolah, diamal oleh institusi perguruan tinggi dan telah diguna pakai dalam lembaga pemerintahan.

Malah lebih ekstrem, buku ini turut disyaratkan supaya dihafal oleh calon pegawai bagi negeri dan ternyata karya ini telah menjadikannya satu kontroversi yang menyesatkan.

Leave a Reply