Fakta Pelik dan Aneh Gunung Roraima, jadi tarikan utama pengunjung

Hebahkan !!!

PANORAMA memukau yang sering menjadikan Gunung Roraima kegilaan penggemar ekspedisi

MUNGKIN ramai dalam kalangan kita, kali pertama mendengar nama Gunung Roraima yang berkongsi sempadan tiga negara di Amerika Selatan iaitu, Guyana, Venezuela dan Brazil.

Selain kedudukan strategik, Gunung Roraima berketinggian 2,801 meter ini jelas menunjukkan kuasa Allah SWT apabila menciptakan puncaknya rata, dengan keluasan mencecah hingga 2,338 meter persegi.

Keadaan rupa bentuk luar biasa menjadikannya antara gunung ajaib tumpuan pengunjung dari serata dunia untuk menikmati pemandangan dan menghirup udara nyaman di puncaknya yang dilitupi awan.

Berdasarkan catatan sejarah tempatan, Gunung Roraima menyerupai meja terdiri daripada batuan fosil zaman pra sejarah telah diterokai pada tahun 1596 oleh Sir Walter Raleigh, seorang penjelajah Inggeris.

Selain menjadi garis pemisah sempadan bagi tiga negara, sebahagian daripada gunung ini turut diiktiraf sebagai taman negara Venezuela, iaitu Taman Negara Cainama.

Terdapat beraneka habitat flora dan fauna di Gunung Roraima selain dihijaukan dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan termasuk periuk kera yang turut mendiami gunung terbesar dan luas ini.

AIR Terjun Tertinggi Dunia, Angel Fall kekal menakjubkan sehingga ke hari ini. 

Paling mempesona pastinya, landskap air terjun tertinggi dunia, Angel Fall secara langsung menjadikan Gunung Roraima ini sebagai aset bernilai dengan khazanah alam semulajadinya menakjubkan.

Pelbagai produksi filem terkemuka seperti Disney dan Pixar turut jadikan gunung ini sebagai inspirasi atau latar di dalam kebanyakkan filem mereka.

Antara slot terkenal ialah Animal Planet dan Discovery Channel dengan tajuk The Lost World.

Jadi tidak hairanlah jika keunikan Gunung Roraima akan kekal menjadikannya ikon popular di seluruh dunia, atas sifat fizikalnya unik sambil diteguhkan keindahan air terjun semulajadi tertinggi di dunia.

Leave a Reply