Rumah Tangga Bergolak, Siti Saleha Tuntut Cerai

Hebahkan !!!


SETELAH 4 tahun berumah tangga, Sally kini berstatus janda.

TIADA angin tiada ribut, perkara tidak pernah pun terlintas difikiran sesiapa, secara tiba-tiba krisis rumah tangga sedang dilalui pelakon, Siti Saleha membawa kepada tuntutan cerai olehnya.

Terkini, Siti Saleha selaku plantif secara rasminya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Klang, pagi Rabu bagi sebutan kes penceraiannya.

Prosiding oleh Hakim Syarie, Mohd Hairuddin Ab Rahim itu bermula kira-kira 10 pagi turut dihadiri suaminya, Ahmad Lutfi Azhar, 35.

Kisah masalah rumah tangga pelakon drama 7 Hari Mencintaiku ini agak mengejutkan kerana aktres ini sendiri tidak pernah berkongsikan hal peribadinya secara terbuka.

Menurut mStar, kelihatan kali terakhir Siti Saleha atau mesra dipanggil Sally, berkongsi fotonya bersama suami pada Mac lalu ketika menyambut hari kelahiran suaminya.

Siti Saleha dan Ahmad Lutfi mendirikan rumah tangga pada 28 Julai 2017 dan selepas empat tahun bersama, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Perkembangan terkini yang berlaku meletakkan Siti Saleha dalam senarai janda muda, tergolong dalam kelompok 80 peratus pasangan Melayu Islam yang bercerai setakat awal tahun 2021.

Leave a Reply