Hidap penyakit misteri, gadis akan pengsan jika ketawa

Hebahkan !!!

UNDERWOOD ditemubual stesyen penyiaran tempatan berkenaan penyakit Katapleksi 

KEDENGARAN pelik, namun itulah hakikat perlu dilalui Kay Underwood, 20, sejak lebih lima tahun lalu apabila menghidap sejenis penyakit misteri.

Secara luaran, gadis ini kelihatan normal seperti rakannya lain, akan tetapi pelajar jurusan seni bina di Universiti Lincoln, England itu menderita penyakit ganjil menyebabkannya pengsan setiap kali ketawa.

Selain ketawa, rasa teruja, takut, marah dan terkejut serta malu juga akan menghasilkan reaksi sama kepada Underwood sejak lima tahun lalu dan terpaksa bergantung kepada ubat untuk jalani rutin harian.

“Penyakit ganjil dideritai buatkan saya pengsan lebih 20 kali sehari sebelum pulih seperti sedia kala dalam beberapa minit.

“Sewaktu diserang katapleksi, saya akan hilang kawalan badan tetapi tidak pengsan, biasanya menyerang setiap kali saya ketawa,” katanya seperti dilaporkan portal tempatan, Daily Mail.

Ketika berumur 15 tahun katanya, dia kerap mengantuk dalam kelas sehingga mendorongnya tidur berjam-jam selepas pulang dari sekolah.

“Pada waktu malam pula, saya sering terjaga daripada tidur, namun tidak dapat gerak tubuh seolah-olah lumpuh seketika. Ini benar-benar menakutkan saya,” katanya yang kemudiannya mendapat rawatan lanjut di Hospital Leicester dan disahkan menghidap katapleksi.

Menurut pakar gangguan tidur hospital itu, Dr. Andrew Hall, katapleksi merujuk kepada paralisis tidur yang berpunca daripada kegagalan fungsi otak mengawal saraf semasa jaga dan tidur.

Keadaan itu jelasnya, cetuskan situasi kehilangan upaya otot secara mengejut walaupun sedang berjaga.

“Otot tiba-tiba menjadi lemah boleh berlaku di bahagian tertentu tubuh. Misalnya, jika katapleksi pada tangan, seseorang itu akan menjatuhkan objek sedang dipegangnya.

“Kebiasaannya, kesan emosi kuat dan mendalam sering menjadi punca penyakit berkenaan,” kata Dr. Andrew Hall sambil menjelaskan, antara tanda awal dapat dilihat ialah pesakit tidur berlebihan di waktu siang.

Pesakit juga katanya, sering alami sakit kepala dan migrain selain tekanan emosi 30 hingga 57 peratus.

Leave a Reply