Zii Jia gagal hadiahkan mata pertama negara

Hebahkan !!!


LEE Zii Jia gagal hadiahkan mata pertama setelah tewas kepada Momota

PEMAIN perseorangan negara Lee Zii Jia gagal menghadiahkan mata pertama negara dalam saingan ke separuh akhir Piala Thomas ketika menentang Jepun petang ini.

Pemain pada kedudukan kelapan dunia itu mendapat tentangan sengit untuk menewaskan jaguh pertama dunia, Kento Momota sehingga mengheret permainan hingga set ketiga.

Juara All England beraksi dalam tempoh 80 minit setelah terpaksa akur dengan kekuatan Momota dengan 15-21, 21-12 dan 23-21.

Zii Jia membuka tirai perlawanan kedua dalam Kumpulan D setelah mudah menewaskan pemain Kanada, Brian Yang 21-18, 21-13 hanya dalam 38 minit awal pagi semalam.

Misi skuad muda negara ke pentas separuh akhir masih diteruskan dengan empat lagi baki perlawanan dalam kumpulan D ini.

Fokus tertumpu kepada pasangan beregu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang kini sedang beraksi dan perseorangan lelaki Cheam Jun Wei sebagai membuka harapan untuk Malaysia bangkit dalam penentuan juara kumpulan

Leave a Reply