Penukaran paip baharu mampu bertahan sehingga 30 tahun: Amirudin

Hebahkan !!!
|

 

 

KUALA SELANGOR – Kerja penukaran paip baharu di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) dijangka mampu bertahan sehingga 30 tahun.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ketahanan paip baharu itu mengambil kira teknologi moden digunakan pada masa kini.

“Paling tidak penukaran (paip lama kepada paip baharu) ini akan mengekalkan jangka hayat 25 hingga 27 tahun, tetapi itu (jangkaan) minimum, (malah) kemungkinan untuk (bertahan) 30 tahun,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau LRA SSP1 di Bukit Badong di sini pada Rabu.

Amirudin berkata, pemeriksaan dan pemantauan secara rutin perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang.

“(Ini termasuklah) kejadian yang pernah berlaku seperti tahun lalu dan kejadian paip bocor pada tahun 2016,” katanya.

Beliau memberitahu, proses penukaran paip baharu yang termasuk dalam kerja pembaikan dan penyelenggaraan aset utama itu dilakukan untuk memberikan perkhidmatan lebih baik.

“Inilah proses yang perlu kita lakukan, namun proses itu memberi kesan (lebih baik) kepada bekalan air kepada pengguna di negeri ini (pada masa depan),” katanya.

Leave a Reply