Mereka Kata UMNO “Kleptokrat’ Dan ‘Korup” , Kenapa Nak Marah Bila UMNO Nak Tanding Solo?

Hebahkan !!!

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Ini lah namanya “cakap tidak serupa bikin”.

Tidak masuk akal setelah menggelar UMNO parti “Kleptokrat” dan parti “Kluster Mahkamah” tiba tiba banyak suara sumbang marah bila UMNO umum hendak bersendirian pada PRU15 dan PRN Melaka.

Muncul pula penganalisa yang memberi pandangan UMNO akan rugi dan mengambil pendirian yang salah jika sendirian.

Kemudian muncul juga pihak pihak yang menyatakan UMNO tiada kekuatan untuk bersendirian””.

Persoalannya , mereka peduli apa jika UMNO hendak bersendirian dan bertanding Solo?

Tidak kah UMNO ini parti yang sudah mati tinggal nama sahaja?

Bukankah UMNO ini beban dan liabiliti atas sebab pemimpin mereka semua “perasuah”?

Jadi apa masalahnya jika parti yang ada bagasi sebegini pilih untuk bergerak dan bertanding solo?

Sebenarnya, jawapan kepada semua ini mudah sahaja.

Parti parti dan pihak yang menyatakan UMNO Kleptokrat dan kluster mahkamah sebenarnya merekalah yang lemah dan tiada kekuatan bergerak tanpa UMNO.

Hatta, jenama busuk mereka tidak boleh bertanding atas jenama sendiri.

Pada PRU14 , Parti PPBM telah beselindung dibelakang jenama Parti Keadilan Rakyat.

Kali ini , Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) cuba berselindung disebalik jenama biru “Perikatan Nasional”.

Ini atas sebab imej dan reputasi Parti Pribumi Bersatu Malaysia sangat busuk setelah menyusahkan rakyat Malaysia dan orang Melayu selama 22 bulan menjadi kerajaan.

Tiada kebaikan dapat diceritakan kepada rakyat selama 22 bulan selain menambahkan lagi hutang negara setelah menjual murah banyak aset dan harta milik rakyat.

Sepatutnya jika UMNO miliki imej “kleptokrat” dan “korup” UMNO mesti dijauhi dan dipinggirkan.

Sepatutnya pihak seperti PPBM dan PAS gembira menyisihkan diri dari kerbau yang membawa lumpur.

Para penganalisa politik pula sepatutnya beri ulasan positif jika UMNO pilih untuk bersendirian atas sebab tidak menyusahkan parti parti lain.

Sebaliknya , berlumba lumba pula pihak lain mencemuh pendirian UMNO.

Bagi mereka yang tidak faham isu, mereka tidak tahu posisi yang wajar untuk UMNO ambil bila terpaksa berkongsi kedudukan sama dengan parti yang miliki sedikit sahaja jumlah ahli dan miliki reputasi buruk selepas PRU14 bersama kekalahan berturut turut 7-0 di pilihan raya kecil.

Parti Yang sedikit jumlah ahli mahu tanding kerusi sama banyak dengan UMNO.

Parti yang mahu penjarakan pemimpin UMNO mahu pergunakan ahli bawahan UMNO untuk jadi barua sebagai jentera berkempen dengan pihak yang pedajalkan UMNO.

Tidak masuk akal hendak penat lelah berkempen untuk PPBM setelah ahli UMNO penat berkempen di PRU14 dan menang tapi Ahli Parlimen nya dicuri oleh PPBM.

Maka, biarlah UMNO begerak solo, buruk baiknya ditanggung oleh UMNO sendiri.

Benar sekali pendirian UMNO melalui kenyataan Presidennya Datuk AhMad Zahid Hamidi baru baru ini “UMNO akan bergerak solo , tiada Muafakat Nasional, tiada Bersatu”

Leave a Reply