Kenapa Takut Bahas Pandora Papers Di Parlimen?- Najib

Hebahkan !!!

 

Oleh : Sirajuddin Ahmad

Sebagai pihak yang suka mendakwa pihak lain sebagai “penyamun” dan “kleptokrat” , amat pelik jika pihak yang sama menolak perbahasan berkenaan ‘Pandora Papers”

Dengan pendedahan terbaru “”Pandora papers” ini, adakah sebenarnya akaun akaun individu tertentu terkait juga dengan hal hal kenapa kerajaan Pakatan Harapan membatalkan GST dan menggantikannya dengan SST?

Adakah dengan Sistem cukai SST perkara mengalirkan wang dari dalam negara kepada luar negara semakin mudah atas sebab cukai dimanipulasi?

Dalam senarai Pandora Papers terdapat ramai nama nama ahli politik dari Malaysia dan juga syarikat dan entiti  dari Malaysia  yang miliki akaun diluar negara.

Turut tersenarai adalah tokoh seperti Tun Daim , Jho Low dan syarikat guaman yang dilantik di era TIA/1MDB  sekitar tahun 2008.

Baca kenyataan Datuk Seri Najib Razak dibawah ini:

“Dan saya juga nak tengok bagaimana PH jawab isu aliran keluar wang haram seperti dalam laporan Global Financial Integrity yang sebenarnya berpunca dari aktiviti Trade Mispricing untuk elak cukai Malaysia.

Tak sabar saya dengar jawapan mereka kenapa mereka batalkan GST yang sangat membantu melawan Trade mispricing ini yang banyak merugikan negara dengan menguntungkan tauke.”- Najib

Apabila didapati  isu wang negara banyak tersimpan dalam akaun pesisir dan ia minta dibahaskan oleh DSNR kenapa Parlimen menolaknya?

DSNR kebetulan bersetuju dengan pendapat Ketua Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar isu ini dibahaskan.

Sebenarnya isu ini hanya “tips of the iceberg” sahaja , atas sebab jika ia dibongkar boleh mendedahkan peranan Gabenor Bank Negara ketika wang banyak mengalir keluar.

Mantan Gabenor Bank Negara yang sangat disukai oleh Tun Mahathir dan Tun Daim sehingga dilantik menjadi Pengerusi Permodalan Nasional Berhad dan Council Of Eminent pasti boleh memberi penjelasan bagaimana keluarga dia juga miliki akaun dipesisir?

Apapun nampak jelas seolah olah semacam ada sesuatu yang menakutkan bagi pihak tertentu yang konon menjadi juara benci skandal seperti 1MDB, namun bila ada peluang membahas kisah wang negara mengalir ke akaun peribadi diluar negara , mereka cuba pula menghalang perbahasannya.

Ini jelas sekali satu sifat hipokrasi dan cuba menyembunyi penyelewengan wang negara mengalir keluar.

Sindiran Najib bagaimana seseorang boleh membuka 13 buah bank dan ada tarikh pembukaan bank bank pula kebetulan berdekatan dengan tarikh negara kehilangan wang FOREX RM30 bilion tentu menarik untuk kita siasat.

Persoalan untuk dirungkai adalah kenapa takut untuk membahas kertas Pandora di Parlimen?

Ada sesuatu yang hendak disorok kah?

Leave a Reply