Bapa Angkat Buka Aib, jejas imej hijrah Syahrini

Hebahkan !!!


IMEJ berhijab Syahrini kelihatan ayu.

PENYANYI dan aktres terkenal Indonesia Syahrini yang kini tampil dengan imej sopan dan menutup aurat, kini tercalar angkara bapa angkatnya.

Semuanya bermula dengan tindakan lelaki yang dikenali sebagai Laurens itu memuat naik video menunjukkan Syahrini sedang menari di sebuah kelab malam.

Lebih aibkan, Syahrini atau nama sebenar Fatimah Syahrini Zaelani kelihatan tampil dengan imej seksi dan menari bersama penari lelaki ‘Mat Salih’ dalam keadaan penuh mengghairahkan di kelab malam Colosseum, Jakarta, Indonesia.


PENAMPILAN Syahrini sebelum berhijrah

Perkongsian hantaran video dipercayai dirakam beberapa tahun lalu itu mula menjadi tanda tanya netizen tentang motif Laurens memuat naiknya dalam laman sosial.

“Sangat berbakat” tulis pengguna @liohk dalam Instagram. Rata-rata peminat penyanyi itu kesal apabila video tersebut disebar di saat penyanyi yang popular dengan lagu Sandiwara Cinta itu sudah berhijrah.

Walaubagaimanapun, ada juga segelintir netizen melemparkan kecaman ke atas penyanyi itu dan bertanya mengapa penampilannya dahulu seperti itu sedangkan Syahrini berasal dari keluarga yang warak agamanya.

Leave a Reply